Sunday, May 8, 2011

"ucaplah Terima Kasih"


..Assalamualaikum wbt..

Hari nie 8 Mei 2011 merupakan Sambutan Hari Ibu seluruh dunia.. 
di mana-mana pasti ucapan dan dedikasi untuk Ibu Tersayang kedengaran
tak kira di radio, fb & ada juga kwn2 yg hantar sms dgn sy (ergg sorry sy blm kahwin)

satu cerita yg ingin dikongsikan bersama...

sedang mendengar radio ikim
ada satu cerita yang dikongsikan oleh seorang ustaz.. (nama x igt) 
ceritanya bergini...

di dalam sebuah rumah, seorang anak sedang marah dengan ibunya..
akibat terlalu marah, si anak pun lari daripada rumah sehelai sepinggang tanpa membawa beg duit,
apabila tiba di pekan, anak tersebut baru menyedari yang dia langsung tidak membawa duit..
dia yang merasa lapar.. terhidu bau yg sangat enak dari sebuah restoran..
dia menghampiri restoran tersebut.. 

pemilik restoran tersebut melihat anak tersebut sedang memerhati restorannya..
lalu dia pun bertanya.. anak nak makan??
anak tersebut menjawab.. yah saya nak makan tapi saya xda duit..
pemilik restoran berkata.. xpa.. pakcik belanja, duduk dulu nanti pakcik sediakan makanan yang sedap!!

sedang makan.. anak itu menangis.. lalu pakcik itu bertanya,
kenapa kamu menangis?? dia menjawab.. pakcik baru mengenali saya tapi pakcik sanggup memberikan saya makan, bukan macam ibu saya!! 
pakcik itu bertanya.. kenapa dgn ibumu??
Ibu saya menghalau saya dari rumah selepas saya bertengkar dengannya..
pakcik itu pun menghela nafas..
bagaimana kamu sangat berterima kasih kepada orang yang hanya baru sekali membantu kamu..
sedangkan ibu mu lah yang telah banyak berjasa kepadamu.. 
bermula dari sejak lahir.. ibu mu lah yang telah menyediakan makanan dan segala keperluanmu..
anak itu terdiam dan cepat-cepat menghabiskan makanannya utk kembali ke rumah.

sampai di rumah..
Ibu nya dalam keadaan cemas, ibu telah menyiapkan makanan yg enak untuk kamu..
ibu tidak mahu makan selagi kamu tidak datang.. makanan dah sejuk..'kata si ibu' 
anak itu meminta maaf kepada ibunya & mengucapkan terima kasih.. 


moral daripada cerita diatas.. selalunya kita lupa untuk memberikan ucapan terima kasih kepada Ibu kita atau orang selalu berjasa kepada kita terutamanya ibu kita kerana, ibu kita selalu melakukan hal yang sama setiap hari.. sehinggakan kita lupa bahwa merekalah yang paling layak untuk diucapkan kalimah terima kasih!!!


thanx to pakcik google

Bersempena dengan Sambutan Hari Ibu
marilah kita mengucapkan TERIMA KASIH kepada Ibu kita
Gracias atas segala jasa dan perkara yg dilakukannya untuk kita..

Doa ku pohon semoga Mak Tersayang akan sentiasa sihat walafiat..
hanya suara melalui telefon menjadi penghubung.. dah beberapa bulan tak balik!! 
terima kasih, gracias, thank you
untuk segalanya


notakaki : cerita diatas tidak sama 100% mungkin ada penambahan dan kekurangan!!

Monday, May 2, 2011

speCial DaY


Alhamdulillah Ya Allah..

hari nie genaplah suda 21 tahun sy menjadi penghuni alam fana ini.. 
21?? woww dah melepasi angka 20 nampaknya.. hihihi x sangka!!!

Hanya ucapan TERIMA KASIH mampu sy ucapkan kpd semua 
tak sangka ingat juga mereka dgn befday sy ya espcially kawan2 tym sekolah

jam 12 lbh gitu berderet-deret la masuk sms ke hp q yg comel nie.. 
facebook pun x kurang hebatnya jg.. sorang2 msk dgn ucapan & doa!!

Terima Kasih Ya Allah 
kerana menghadirkan dalam hidupku insan-insan yg sangat menyayangiku
kakak, abang, makbapa, sahabat & keluarga
mereka hadir saat diri ini senang dan susah!!
(aduhaii.. feeling la pulak.. hohohoho)

Special dedikasi & ucapan
buat 2 insan yg berkongsi tarikh 02 MEI nie dgn sy..^___^
(yg pasti sy yg paling muda antara mereka.. hehhe)

Selamat Hari Jadi
buat abang.. Ismail a.k.a kenon
&
my kazen yg gila2.. Pigok a.k.a Safli

>>>>> tertarik dgn kata-kata gambar diatas yg diculik drpd laman iluvislam.. 
 "umur adalah amanah Allah"

sesungguhnya.. menjaga amanah bukanlah suatu perkara yg mudah..
silap langkah..
akan tempanglah amanah yg diberi!!
semoga diri ini diberi kekuatan untuk menjaga amanah ini dgn perkara-perkara yg
yg berfaedah dan menuju Redha Ilahi.. Amin.. ^^


... hari nie hari makan sedunia.. haha ada 2 orang nak belanja,
org cakap.. rezki jgn di tolak.. cehh.. haha

notakaki : esok exam penulisan akademik.. x abis bc lagi!! go girl.. befday befday juga.. stdy tu wajib!.. hehe

Saturday, April 16, 2011

Lawatan ke RTM sabah!!

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis sesuatu di dalam blog nie.. =)
hari nie merupakan hari pertama STUDY WEEK.. ini bermakna.. CUTI LA.. hahha kalau bab2 cuti nie memang laju.. tapi lepas jak cuti otak nie akan kembali di perah untuk mengeluarkan segala isi di dalamnya untuk di curahkan ke dalam kertas jawapan!!! hohooho takut tapi belajar x start2 lagi... haiyyaaa.. WAKE UP GIRL!!! 

>>>>>>>>> tadi sekadar intro sahaja.. sekarang nak cerita pasal lawatan kami (budak2 komunikasi tahun 1) tp yg organize our senior.. special thanks to kak izan, kak nur, abg saiful & abg syafiq!! tanpa mereka memang tak dapat la kami jejak kaki di RTM.. tak puas sebenarnya, tahun dpn InsyaAllah nak pg lg.. hehe =)

sepanjang di rtm, kami di bawa melawat studio berita sabah dan beberapa program yg dijalankan di rtm sabah, selain itu, kami di bawa ke bilik untuk merekod dan mengedit semua program dan yg terakhir ke konti radio sabah fm!! kami bertuah sebab diberikan peluang masuk.. hehehe thanks to staff2 rtm sbh yg sporting..

kalau dah buat lawatan gambar itu wajib.. hehhe.. jom tengok >>>>>>
..sebelum jalan..
hasnah bakal camera woman..opss.. hehhee =)

try nak jadi pembaca berita

eyda.. bakal dj!!

sesi penerangan

konti SABAH FM.. Bagus BAH!!


senior thn 2.. merangkap pengiring kami.. hehe

bersama dlm program lambai limbai.. talk show kunun.. hahha

bakal produser.. insyaAllah.. =)

hairil dlmTV.. haha

rombongan kami bersama staff RTM.. 

tamatlah sudah penjelajahan kami di RTM sabah.. x puas rasanya sebab hanya ada masa 1 jam setengah sahaja.. dlm jangka masa yg singkat tapi banyak pengalaman baru diterima terutamanya bagi kami yg akan mengambil jalur kewartawanan & penyiaran semester hadapan.. =)

setakat ini sahaja.. masanya utk study.. =)

Friday, April 1, 2011

..teKnik..

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ini adalah kelas komunikasi foto yang paling best.. terbaik la!!!!
selama nie kami hanya belajar secara teori sahaja drpd pensyarah tapi.. sejak kehadiran CIK HANI a.k.a KAK HANI mengambil alih kelas tutorial ia telah berubah 100%.. nie diakui semua coursemate..

bercerita serba sedikit berkenaan tutor kami yg paling cool nie.. ^^,

nama penuh Hani Salwah Yaakup..
berasal drpd Kuala Lumpur..
merupakan bekas DJ di beberapa stesen radio spt Suria fm, Muzik fm dan.... hhaha sy dah lupa yg lain..

nie la serba sedikit latar belakang tutor kami yg paling cool nie.. hehe
kehadirannya kami rasakan SANGAT lewat.. sbb kalau kak hani mengajar kami awal mesty kami dah tahu banyak teknik.. huhu tapi tak pa bak kata Fedtri Yahya semasa kursus pengacaraan majlis 28hb Mac yang lepas "Semua Yg berlaku pasti ada Hikmahnya" ^_______________^ (sy setuju)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOW... kita masuk kepada apa yang saya perolehi semasa belajar teknik fotografi tadi..


pertama...
belajar apa itu Depth Of Field (DOF)
secara ringkasnya yg saya faham.. DOF nie adalah teknik memfokuskan kepada subjek.. d bahagian belakang ada 'blur' sedikit..

kedua..
Shutter Speed
berfungsi untuk mengawal cahaya. Pengawalan terhadap shutter speed menghasilkan gambar yang berbeza hasilnya.

fast shutter speed boleh membuatkan objek yang bergerak laju tidak bergerak.. cthnya...

setelah bbrp kali percubaan.. Akhirnya berjaya!!


tangan fazrie sbg model.. haha


ketiga..
Panning.. merupakan pergerakan 'horizontal' iaitu ke kiri dan kanan.
panning adalah objek yang bergerak tetapi mempunyai ciri-ciri 'blur' di belakangnya.. maksudnya di sini, gambar objek yg bergerak seperti kereta dapat dilihat dgn jelas tetapi kita blh melihat seperti berlaku pergerakan pada kereta tersebut dlm gambar.. cthnya..
percubaan demi percubaan.. akhirnya berjaya walaupun x bp tepat tp bolehlah!!

kalau x zoom sgt mesty tepat gambar nie.. ^^


 haa... nie la antara gambar2 yg berjaya saya perolehi semasa belajar teknik fotografi nie.. walaupun x tepat sangat tapi berbaloi rasanya sebab dapat melakukan dan belajar sesuatu yang baru..
a lot of thanks to cik Hani.. sangat2 menghargainya!!


*tkg edit gambar nie.. Hakim*
WE ARE FAMILY..
sebahagian drpd KAMI!!!  Cik Hani yg paling Cute kat dpn sebelah kanan!!  









 notakaki: semua yg saya nyatakan di atas adalah sebagai nota dan rujukan sendiri.. jadi mungkin sy sahaja yg memahami maksud disebalik tulisan sy.. ^^,

Saturday, March 26, 2011

hanya gambar








..satu gambar boleh menceritakan banyak perkara..


lokasi : Sekitar bandar Kota Kinabalu..
masa : 11.00-4.00pm

HidaYah

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai nikmat kehidupan.. =)

Bertemu lagi dengan hujung minggu.. hehe yang paling best minggu nie tak ada apa2 program.. yeyeaahhh.. boleh rileks.. TAPI isnin nie ada Mid Term la plak!! hoooo statistik..

.. berbalik kepada tajuk post nie.. HIDAYAH..

apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah mengenai satu berita utama dalam Harian Metro!!
Tajuknya.. SINAR HIDAYAH BUAT NYAH.. tengok tajuk memang buat orang akan tertarik untuk membaca berita ini..

.......................................................................................................................................................................
saya kongsikan artikel berita nie...




KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.
“Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.
“Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.

Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.

“Sebelum ini, niat untuk berubah memang ada kerana saya memang menyimpan hasrat untuk mati sebagai lelaki Islam.

“Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa,” katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya’ dalam program pemulihan itu.

“Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya,” katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.

Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.

“Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Zakuan berkata, dalam program itu pihaknya sama sekali tidak memaksa mak nyah terbabit mengubah penampilan atau bertaubat, sebaliknya mereka dididik secara lembut dan tersirat melalui pelbagai program yang menyeronokkan.

“Ia lebih kepada dakwah secara halus. Malah, kami juga tidak memaksa mereka mengerjakan solat atau mengikut sesi tazkirah kerana kami mahu mereka melakukannya dengan sukarela atas keikhlasan hati masing-masing,” katanya.

Menurutnya, selain memberi didikan rohani, mak nyah terbabit turut diberi bimbingan kerjaya dengan mendedahkan mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perhotelan yang diatur dengan bantuan Pusat Giat Mara.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat mengurangkan penularan penyakit Aids serta penyalahgunaan dadah,” katanya yang berharap aktiviti itu menarik lebih ramai penyertaan golongan mak nyah untuk ia diadakan lagi pada masa depan.
......................................................................................................................................................................

moga paparan berita ini mampu membuka mata ramai pihak terutamanya kepada golongan2 ini agar mengikuti jejak langkah rakan-rakan mereka mencari ketenangan yang hakiki dan kebahagiaan yang sebenar!!!

Hidayah Allah pasti ada untuk Hambanya..
suatu ketika mereka telah hanyut bersama dunia yang mereka ciptakan sendiri.. mengubah diri yang telah diciptakan sebagai seorang lelaki kepada perempuan!!!

di sekolah mahupun universiti tempat ku belajar sekarang, memang tidak dapat dinafikan fenomena lelaki lembut ini sentiasa ada.. perwatakan mereka mengalahkan perempuan asli termasuk juga kawan saya sendiri yang dahulunya tidak seteruk sekarang.. mereka berubah.. entah di mana silapnya!!!

Semoga program yang dijalankan JAKIM ini tidak hanya tertumpu di Semenanjung.. masih ramai insan begini yang perlukan bantuan untuk mencari identiti mereka kembali.. kembali menjadi lelaki yang akan menjadi pelindung kepada wanita!! 


TAHNIAH KPD JAKIM..

Thursday, March 24, 2011

TsunaMi di JePun

Assalamualaikum..

sejak kebelakangan ini banyak malapetaka dan kehancuran yang berlaku di seluruh dunia.. yang terkinii adalah tsunami di Jepun.. untuk bercerita lebih lanjut berkenaan rentetan tsunami yg berlaku sy pun kurang pasti.. al maklumlah tak ada tv d kolej kami nie, tgk berita online pun sangatlah jarang..

TAPi.. ada sesuatu yg menarik ingin sy jadikan peringatan buat diri sendiri.. satu entri post menarik drpd seorang sahabat yg sangat sy kagumi penulisannya.. klik link nie rahsia di sebalik malapetaka di jepun!!

mengaitkan angka-angka yang berlaku dengan ayat-ayat dalam Al-Quran!! Subahanallah.. semua yang berlaku telah tercatat dalam naskah Al-Quran peninggalan Nabi Muhammad SAW..

..Kita hanya insan kerdil di atas muka bumi ini..