Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

harus memilih!!!

bismillah..

aturan Allah siapa yg dapat menjangka.. DIA maha mengetahui..
hari ini merupakan hari yg sukar daku rasakan.. harus memilih beberapa pilihan
suatu pilihan yg harus ada jawapan menjelang hari esok..

cuba melelapkan mata tapi tak boleh..
masih bermain difikiran.. beberapa pilihan..

** masuk kerja pada hari esok di "memory lane"
@ pergi interview di "mines use"

** dpt kol dr HEP UMS.. pg johor ikt program perkampungan PRS peringkat kebangsaan di UTM.. (nak sgt pg TP dpt panggilan sgt lambat.. hari nie dpt kol esok dah kena pergi.. ergggg geram juga rasanya.. konfom la x dpt pg kan.. KL-JHR jau tuuu.. ) hmm xda rezeki =.=

**  esok juga... nak pergi jumpa sepupu yg lama dah tak jumpa.. huhu nak pg tempat kerja lama.. RCH ^^


... harus membuat pilihan yg terbaik.. saat nie hati dah mantap untuk menolak tawaran kerja di memory lane dan akan pergi interview di mines use.. perkampungan prs (slmt tinggal.. huhu) & InsyaAllah kalau sempat nak juga pergi rch.. jumpa sepupuku ^^



*semoga dipermudahkan segalanya pada hari esok.. Aminn*



Wednesday, February 9, 2011

salahkah kami???

sedih.. itulah gambaran yang dapat diberikan apabila kerja yang kita lakukan langsung tidak dihargai..
tidak ingin menyalahkan pensyarah atas apa yang berlaku
tetapi...
caranya membuatkan diriku dan teman-teman yang lain sangat kecewa..

kami datang ke biliknya dengan harapan untuk memperbetulkan assingment yang telah kami buat secara "brainstorming" bersama ahli kumpulan.. kami ingin apa yang kami taip di atas sekeping kertas yg dipanggil draf itu di perbetulkan..

tapi...

apa yang berlaku?? dia mengoyak kertas draf yang kami buat sehingga menjadi cebisan kertas.. argggg saat itu hati bagaikan diremuk seperti kertas yang dikoyakkan itu.. sangat kecewa!!!!
seorang yang berpendidikan tinggi mengeluarkan perkataan b**** kepada kami sebagai pelajarnya sambil menyuruh kami untuk menanam cebisan kertas itu di tepi rumah!!! wajarkah seorang pensyarah mengatakan sedemikian???  sepatutnya dia mengajar kami dan bukannya terus mengoyakkan kertas tersebut..

kami datang dengan semangat yang tinggi supaya apa yang kami buat diperbetulkan tetapi.. apabila seorang pensyarah mengatakan sedemikian.. SEDIH.. sangat sedih!!!

air mata ini bagaikan ingin mengalir sahaja tapi mengenangkan kami berada dihadapannya.. ku tahan juga tapi bila mengenangkan kembali.. Ya Allah.. hanya DIA yang mengetahuinya.. saat2 dia mengoyak draf yang kami buat.. hati ini sangat sedih.. air mata ini sentiasa ingin mengalir.. rasanya ingin mengaku kalah tapi.. ku kuatkan juga semangat untuk membuat tugasan yang diberikan bersama kawan-kawan yang lain walaupun mereka sendiri sudah "fed up" dan marah dengan tindakan pensyarah tersebut.. tapi apakan daya, kami masih ingin BELAJAR dan terus belajar..

Ya Allah.. semoga peristiwa hari ini dapat hilang daripada ingatan ini.. walaupun aku tahu itu semua  terlalu payah..Teguhkan hati HambaMu ini.. sebagai terus kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih pada masa akan datang.. Amin.. 

Friday, January 21, 2011

semester baru.. Imej baru????

bismillahirrahmanirrahim..


sekadar ingin berkongsi realiti yang berlaku dihadapan mata sendiri..
semester baru.. imej pun baru.. apa yang ingin saya katakan di sini mengenai realiti yang berlaku di hadapan mata saya sendiri.. berlaku dalam kalangan rakan-rakan sendiri.. perubahan drastik yang membuat saya berfikir.. adakah semester baru nie membuatkan mereka nekad dengan imej baru iaitu dengan "membuka tudung".. yahh.. itulah realiti yang berlaku sekarang..

semester pertama elok bertudung.. bila masuk semester baru tudung mereka hilang entah ke mana.. bukan seorang tetapi ada beberapa orang yang memang jelas totally melemparkan tudung mereka jauh daripada mereka. apa yang berlaku sebenarnya??? hmm..

                                                              kan cantik begini??    
                                                       


saya bukanlah seorang ustazah dan bukan juga seorang yang menggunakan tudung labuh tetapi saya tahu mana yang baik dan buruk dan tahu batas-batas dalam  islam  itu sendiri.. hendak menegur secara terus masih tidak mampu melakukannya.. saya hanyalah insan biasa yang tidak mampu membuat teguran sebaliknya hanya mampu berdoa semoga pintu hati mereka akan terbuka  untuk meggunakan HIJAB kembali..  

Tuesday, December 28, 2010

perlukan PERUBAHAN

result dah keluar????
buka facebook.. tanya kawan-kawan guna sms..

YAH.. dah boleh cek..
pelbagai reaksi yang diutarakan rakan-rakan di dalam group fb

Gembira??
Sedih??
kecewa??

itu adalah antara reaksi yang diutarakan coursemate..
saya? I? me???.. ramai yang bertanya.. macam mana result..

hmmm... perlukan banyak perubahan dalam diri for da next sem.. yahhh.. itulah yang sepatutnya..
result x seperti yang diharapkan dan yang pasti saya telah bersedia untuk menerimanya di sebabkan tabiat diri yang terlalu leka (mungkin).. bukan mungkin tapi itulah yang terjadi sebenarnya.. banyak pengaruh sekeliling yang tidak mampu di tepis jauh2 terutamanya.. facebook.. yahh facebook.. tapi tak boleh salahkan fb right??? salahkan diri sendiri.. sapa suru tak tumpukan perhatian tym belajar & tym study week pun sempat lagi hang out dengan kawan-kawan.. yahhh.. itu semua perlu di ubah dan kurangkan semua tabiat yang banyak mengundang kepada kelalaian diri..

sedih??? of couse.. tapi tak pa..
go girll.. u still have another 5 sem to go..
sem 1 sudah lepas dan berlalu pergi dengan bermacam-macam kenangan dan sikap diri yang perlu di refleksikan..

repeat paper???
kena repeat ka ya??
argggg.. BI.. harap tidakla.. satu-satunya subjek menyangkut c-.. huhuhuh (sapa suru x belajar)

tapi saya harus besyukur n say Alhamdulillah.. result tak seteruk mana pun.. harap boleh berubah next sem.. ^_^

........menulis mengikut apa yang difikiran, hati masi kucar-kacir a.k.a x betul lg nie..