dua aktiviti awal untuk pemantapan semua ahli prs sebelum benar-benar layak untuk menjadi pembimbing.. untuk menjadi seorang pembimbing kepada orang lain kita kena ada kemahiran komunikasi dan mendengar yang baik barulah kita dapat membantu memberi pendapat kepada orang lain dan bukannya memberi jalan penyelesaian yang tidak tentu hala..
15 januari 2011 bersamaan hari sabtu..
Bengkel Kemahiran Komunikasi..
..pengisian program yang sangat mantap.. dan bagi saya membuka minda dan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai..
slot 1..
ceramah yang disampaikan oleh pensyarah kami.. ^^ Encik Saad yang membicarakan berkenaan cara berkomunikasi yang baik.. setiap komunikasi mesti ada pengirim dan penerima.. itu yang penting!! tetapi ia telah dikembangkan oleh banyak sarjana yang mengkaji tentang model asas komunikasi.. haaa.. itu adalah antara yang disampaikan..tapi.. bagi student kamunikasi ini adalah ulangan kuliah sem lepas.. hihihi
slot 2..
LDK.. diketuai oleh abang Ajib (mantan pengerusi prs 2009/10)
slot ldk bersama abang Ajib.. sangat menyeronokkan..
semua ldk yang dijalankan adalah berkaitan dengan komunikasi tetapi disampaikan dalam cara yang sangat berbeza..
antara aktiviti yang dilakukan... (yg masi di ingat hehe)
- ekspresi muka.. berpasangan, seorang buat muka marah n seorang lagi buat muka senyum.. (mimik muka ini melihat bagaimana ekpresi muka seorang prs apabila didatangi seorang yang sedang marah.. haaa... jawapannya.. walau apa pun.. kita kena senyum dan bukannya melawan balik marah orang tersebut..) ini adalah salah satu komunikasi non-verbal.. tanpa suara sebaliknya cuma menggunakan eye contact or body languange.. bahagian nie sangat lucu.. banyak ekspresi muka yang keluar.. n yg pasty "ketawa" adalah yang palingn menguasaii.. hahhaha
- kedua.. bercerita pengalaman tym cuti sem dengan membelakangi orang yang dibawa bercerita.. (haa... moralnya di sini.. adalah sangat jika bercerita dengan seseorang tanpa memandang wajah mereka secara face-to-face) jadi.. apabila kawan bercerita atau sesiapa sahaja kita kena melihat muka orang yang bercerita barulah.. maklumat akan sampai dengan baik..
- ketiga.. cerita pengalaman tym cuti juga tetapi kali nie tanpa mengeluarkan suara.. hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja.. haa.. bab nie pun sangat payah sebenarnya.. nampak ringan tetapi untuk melakukannya kita memerlukan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa badan sahaja..
- last slot bersama abang Ajib.. buat ala-ala debat.. seorang wakil bagi setiap kumpulan.. part nie saya takkan lupa selama-lamanya insyaAllah.. knp?? sebab inilah kali pertama saya menjadi wakil untuk kumpulan dan bercakap di hadapan ramai orang.. (except presentation laa.. nie wajib nak dapat markah.. hihi) disinilah saya rasa.. keberanian untuk berhadapan dengan orang dengan mambawa tajuk.. "facebook.. mancari kawan @ publisiti murahan" haaa.. tajuk yang sangat hangat.. kami memilih fb sebagai publisiti murahan sahaja dengan banyak hujah diutarakan dan banyak tentangan diterima (dah agak sebenarnya..) berlaku perdebatan hangat.. sangat seronok dan saya tak sangka saya boleh melakukannya.. yeaahhh.. saya boleh!!.. selepas nie.. mugkin lebih berani mengutarakan pendapat dan bukan hanya menjadi pendengar sahaja..
slot terakhir..
bersama puan Zaiton.. penyelaras prs..
..belajar secara praktikal cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang apabila ada yang datang meminta pendapat daripada ahli-ahli prs..
..slot nie pun banyak mengajar cara berkomunikasi yang lebih baik.. dan banyak masalah yang dapat di dengar.. terkejut.. dan kadang-kadang sukar untuk dipercayai masalah ini sebenarnya berlaku disekeliling kita sahaja cuma tidak ada orang yang ingin meluahkan.. disini juga banyak mendengar masalah kawan-kawan yang bermasalah kerana "cinta" cerita pasal break dan sebagainya.. dua hari bengel masalah nie yang paling menonjol.. huhu tak tawla knp.. hehe
.... panjang bercerita.. semua berkenaan bengkel komunikasi, belum masuk lagi bengkel mendengar.. haaa dah penat.. len kali sambung cerita.. ^^
nota kaki : bengkel nie banyak membantu saya memperbaiki cara komunikasi dan mendengar dengan lebih baik.. dan yang paling penting.. saya berani berhadapan orang ramai.. hihihi
No comments:
Post a Comment