Bismillahirrahmanirrahim..
merupakan sebuah persatuan di setiap universiti tempatan.. PR-Siswa nie macam PRS kat sekolah menengah tapi namanya di ubah di peringkat U supaya lebih molek di dengar.. hehehe pembimbing rakan sebaya di upgradekan kepada pembimbing rakan siswa di peringkat universiti.
secara realitinya.. masih ramai yang tidak mengenali PR-Siswa nie especially kat saya belajar sendiri, cakap saja PR-Siswa mesty ada yang tertanya-tanya.. apa tu?? kenapa mereka tak tahu ya?? ntah la.. saya sndiri tak da jawapan kerana pertama kali saya membaca iklan pengambilan pelajar baru untuk PRS nie saya dah tertarik dan terus mengambil borang untuk join persatuan nie.
kami telah menjalani temuduga oleh ahli-ahli PRS senior dan yang terpilih akan mengikuti kursus pentauliahan selama dua hari.. n alhamdulillah saya adalah salah seorang ahli baru PRS UMS.. ^_^
itu adalah latar belakang pengambilan ahli PRS ums.. sangat ketat sebab result kena ok.. teringat kembali semasa hari interview kami di beri peluang untuk bertanya sesuatu yang kami ingin tahu berkenaan prs nie.. n soalan yang saya ajukan ialah.. kenapa prs nie menetapkan standart pointer x boleh kurang daripada 2.50 untuk pengambilan ahli (walaupun saya tahu jwpan yg akan diberikan sebenarnya..hihi sekadar inginkan kepastian) dan jawapan yang diberikan... namanya juga pembimbing rakan siswa.. n then nak bimbing orang takkan result teruk kan.. tak bolehla.. kita kena lebih baik jika ingin membimbing orang..haaa lebih kurang gitula ayat yang diberikan oleh fahmi (peng'interview' pada aritu merangkap pengerusi prs utk sesi 2010/2011)
........sekadar pengetahuan.. PRS UMS telah ditubuhkan sejak awal 2000 (klu x silap.. dah lupa.. hiihi) oleh Puan Zaiton atau yang lebih suka dikenali sebagai "kak Jai" dalam kalangan ahli prs.. sangat baik dan sangat care tentang perjalanan aktiviti prs kerana dia tidak mahu prs nie hanya sekadar nama dan ingin sentiasa aktif.
n now....
memasuki semester yang baru.. banyak program yang akan dijalankan.
aktiviti yang pertama ialah bengkel kemahiran komunikasi yang berlangsung pagi tadi.. 15 januari 2011.. sangat best dan banyak membantu meningkat keyakinan diri terutama kepada diri saya sendiri.. ^^
bila ada kelapangan saya akan menulis berkenaan bengkel ygn dijalankan..
sekian untuk pengisian kali ini.. ^_^

No comments:
Post a Comment