Tuesday, December 28, 2010

perlukan PERUBAHAN

result dah keluar????
buka facebook.. tanya kawan-kawan guna sms..

YAH.. dah boleh cek..
pelbagai reaksi yang diutarakan rakan-rakan di dalam group fb

Gembira??
Sedih??
kecewa??

itu adalah antara reaksi yang diutarakan coursemate..
saya? I? me???.. ramai yang bertanya.. macam mana result..

hmmm... perlukan banyak perubahan dalam diri for da next sem.. yahhh.. itulah yang sepatutnya..
result x seperti yang diharapkan dan yang pasti saya telah bersedia untuk menerimanya di sebabkan tabiat diri yang terlalu leka (mungkin).. bukan mungkin tapi itulah yang terjadi sebenarnya.. banyak pengaruh sekeliling yang tidak mampu di tepis jauh2 terutamanya.. facebook.. yahh facebook.. tapi tak boleh salahkan fb right??? salahkan diri sendiri.. sapa suru tak tumpukan perhatian tym belajar & tym study week pun sempat lagi hang out dengan kawan-kawan.. yahhh.. itu semua perlu di ubah dan kurangkan semua tabiat yang banyak mengundang kepada kelalaian diri..

sedih??? of couse.. tapi tak pa..
go girll.. u still have another 5 sem to go..
sem 1 sudah lepas dan berlalu pergi dengan bermacam-macam kenangan dan sikap diri yang perlu di refleksikan..

repeat paper???
kena repeat ka ya??
argggg.. BI.. harap tidakla.. satu-satunya subjek menyangkut c-.. huhuhuh (sapa suru x belajar)

tapi saya harus besyukur n say Alhamdulillah.. result tak seteruk mana pun.. harap boleh berubah next sem.. ^_^

........menulis mengikut apa yang difikiran, hati masi kucar-kacir a.k.a x betul lg nie..

Saturday, December 25, 2010

silent reader

bismillah..

bunyi semacam title my 2nd post nie.. hihi
me as a silent reader.. yah, boleh katakan begitulah.. menjadi pembaca blog-blog orang yang sy rasa sangat bermanfaat dan banyak memberi pengetahuan kpd diri sy yang kurang ilmu nie.
jika tym cuti panjang beginilah masa akan banyak dihabiskan di depan pc komputer selain buka fb (hihi asyik2 benda nie jgk yg d buka) merantau dari satu blog ke blog yg lain.. mencari sesuatu yg menarik untuk di baca.

but now..
tidak lagi sebagai pembaca dalam diam, dah ada blog sendiri bolehlah terus meletakkan "cop mohor" sebagai tanda telah berkunjung.. hehehe

nak link kan blog orang lain pun rasa malu pulak wujud "wajarkah perasaan nie wujud??"
sy rasa tak patut.. hehe sebab hanya di alam maya kan kan kan? x tak nampak muka pun.. hehhe

go go go girl..
buat apa nak malu, bukannya mencuri @ buat sesuatu yg tak berfaedah, hanya untuk menimba ilmu (sedapkan hati sendiri). tapi ada kebenarannya kan..

buangkan rasa malu untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat..

Friday, December 24, 2010

langkah pertama

Bismillah

Alhamdulillah.. satu permulaan baru buat diriku, jika selama ini hanya menjadi "pembaca blog" kini melangkah setapak kehadapan seiring kemajuan teknologi dan yang paling penting.. blog nie saya wujudkan untuk memenuhi tuntutan (ya ka tuntutan?? hehe) sebagai pelajar dalam bidang komunikasi

belajar untuk menjadi penulis yang baik.. hihi 
mencurahkan idea (jika ada)

n the most important things.. 
mencari sesuatu dalam diri.. adakah boleh meneruskan pengajian dalam bidang kewartawanan atau perlu mengambil perhubungan awam!! sesuatu yang mengganggu fikiran sejak mendaftarkan diri sebagai pelajar dalam bidang komunikasi.

belajar & terus belajar.. 
menulis apa yang ingin dikongsikan
mencungkil.. d mana sebenarnya kebolehan dalam diri sendiri ^_^

>>>> salam perkenalan kepada yg sudi bertandang...