Thursday, September 29, 2011

Hari Seniman 2011 @UMS

25 Sept 2011, Ahad : Tercipta satu sejarah baru kepada UMS kerana buat pertama kalinya menganjurkan hari seniman. Kehadiran 12 orang seniman antaranya Datuk Aziz Satar, Zaiton, Kuswadinata, Rozita Rohaizat, Kassim Masdor, Salmah dan ramai lagi.

Hari Seniman ini diadakan dengan kejasama antara Persatuan Kebajikan Artis Veteren Malaysia, Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pengajian Seni. Bertempat di Dewan Resital, majlis ini berlangsung dengan penuh gemilangnya dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman merasmikan majlis.

Sesuatu yang baru untuk generasi muda, kerana secara jujurnya ramai yang tidak dikenali. Sebagai anak muda berusia 20-an, saya dan rakan-rakan hanya mengenali Aziz Satar yang begitu terkenal berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlie.


malas nak tulis banyak.. jom tengok gambar >>>









Tuesday, September 20, 2011

Majlis Gema Aidilfitri @KKIP

sempena bulan syawal yg mulia nie.. kolej kediaman ku yang tecinta KKIP telah mengadakan majlis rumah terbuka hari raya.. majlis tersebut dinamakan sebagai Majlis Gema Aidilfitri ^^

Majlis yang berlangsung pada 18 September 2011 bersamaan 20 syawal bertempat di Pusat kegiatan pelajar KKIP!!

rumah terbuka besar-besaran yang dijalankan ini juga sempena menyambut kedatangan pelajar bagi kolej kami.. banyak aktiviti dijalankan sepanjang majlis seperti rewang masak ramai-ramai, pertandingan berkaitan raya seperti cahaya aidilfiti (membuat pelita), kad raya kreatif & anyaman, glamour raya. selain itu, pada sebelah petang dijalankan majlis marhaban beramai-ramai oleh pelajar tahun 1 ke rumah-rumah felo.



jommm... tengok gambar yang saya ambik.. banyak sangat jadi sy edit utk dimasukkan dlm blog nie.. ^^

hasil kreativiti pelajar KKIP ^__^


rewang ^^


memandangkan internet yang TERlalu lembap.. malas nak upload gambar banyak-banyak.. huu

Salam Penghujung Aidilfitri dariku.. ^^

Saturday, September 17, 2011

cinta baru ^^

Alhamdulillah dan Syukur ku panjatkan kepada Allah..
kerana limpahan kasih sayang dan rezki yang diberikanNya dapatlah saya memiliki cinta baru..
tidak sehebat mana tetapi memadai untuk insan kerdil dan sanhat lemah dalam BI.. hihihi


My NeW BoyFriend..




Kamus BESTA MD221.. ^^

kamus elektronik nie dah lama ingin memilikinya.. nasib baik tym survey dalam internet 
ada promosi sempena kemerdekaan dengan RM199 sahaja.. harga asal RM349!!
Woaahhhh.. promosi yang hebat.. cepat2 mendapatkannya takut habis.. hihi

Alhamdulillah.. harap2 dapat membantu lebih lagi especially for my english.. huuuuu =.=

NEXT.. nak mendapatkan Kamera ^^ tunggu IT Fair hujung bulan nie..
tak mampu untuk membeli DSLR.. so.. beli ja la kamera compaq biasa yang penting dapat ambik gambar dan untuk assingment.. itu pun dah kira bersyukur.. kamera besorrr tu tunggulah dah bergaji besar nanti.. hihi


Monday, September 12, 2011

BaCk tO BaTtleLife ^^

BiSmillah..

malam nie merupakan malam ketiga ku berada di hostel tercinta..
dua hari merupakan hari yang memenatkan... beli barang & kemas barang (duit pun mengalir dgn derasnya..huhu)
kalau datang dah banyak barang.. tunggu setahun akan datang lagiiilah banyak untuk bawa balik.. =.=

Semalam merupakan hari pendaftaran utk Kolej Kediaman Indah Permai untuk pelajar baharu.. (sy dah jadi senior.. haha) seramai 348 orang yang mendaftar masuk.. macam biasalah macam2 ragam dan semestinya dengan beg yang besoorrrr datang ke sini.. hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka.. teringat tym masuk kolej nie setahun yg lepas.. lagi dahsyat kot.. hehe ^^

 bermulanya satu lagi fasa hidup baru buat adik2 junior.. fasa mengenal erti hidup yang sebenar..
disinilah.. hati, iman dan diri kena kuat untuk menahan segala godaan.. dan pastinya bijak memilih kawan adalah yang paling penting!! ini berdasarkan pengalaman setahun sebagai pelajar UMS nie.. ramai yang tersasar daripada tujuan asal mereka sampai ke sini.. saya pun kadang2 rapuh juga.. banyak enjoy.. hehe =.="

to all FresHie.. selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah.. ^^

hari nie segalanya bermula.. bermulalah lagi satu episod cheritera..
                   ..CheRiteRa CamPus LiFe..

>>>>>> tak sabar nak menjadi pelajar kewartawanan & Broadcasting.. ^^ (under Communication)

Wednesday, September 7, 2011

malam terakhir..

Bismillah..

setelah berada dalam linkungan 20 hari di kampung halaman tercinta..
tibalah masa untuk ku melangkah menyorong beg2 yang pastinya berat untuk kembali ke medan yang sebenar!! medan yang harus ku tempuhi sebagai anak yang masih belajar.. ^^

mengucapkan Selamat tinggal kepada kampung halaman & Selamat datang kepada semester baru dan tahun baru sebagai pelajar Komunikasi UMS..
4 bulan berlalu dengan pelbagai perkara ditempuhi dan Alhamdulillah saya bersyukur kerana dalam masa 4 bulan tidak menjadi sia-sia.. 4 bulan yang padat dengan aktiviti berfaedah semestinya.. hehe

bakal melangkah ke alam baru.. akan bergelar Senior!! haha lagak sikit ^^
tidak lagi menjadi "freshie" tapi yang paling tak sabar nak bertemu dengan dunia baru iaitu Journalism & Broadcasting.. belajar sesuatu yang baru.. yeyeyeahhh..

malam nie malam terakhir tidur di rumah.. InsyaAllah di panjangkan usia akan kembali ke kampung pada Hari Raya Aidil Adha kelak!!

Say Welcome to 2nd Year ^_____^

Monday, September 5, 2011

3in1

Bismillah pembuka bicara..

3in1???

adakah nescafe atau milo yang sangat ekspress untuk di minum?? hehe
3in1 adalah rentetan peristiwa yang berlaku hari ini..
3 perkara berlaku dalam satu kawasan yang sama..
sebuah tempat yang mengajarku menjadi lebih dewasa..
mengenali insan2 penyayang dan mengambil berat diri ini..
disini juga ku mengenali insan2 yang ingin membawaku ke puncak menara gading..
nih la dia.. sekola menengahku yg ke 3.. ^^

SMK Tagasan..
berada di sini pada permulaannya bukanlah kemahuanku sendiri.. (terpaksa sebenarnya.. hihi) 
kata orang tak kenal maka tak cinta..
kini.. aku betul2 telah jatuh cinta dan sentiasa merindui guru2 yg sporting, kawan2 yg 'sekepala', dan hostel tercinta.. banyak kenangan terindah disini.. ^^
setahun cuma.. tetapi ukhwah antara KAMI bagaikan telah kenal sejak kecil lagi..
begitulah HEBATnya teman2 seperjuaganku di sekolah ini..

laluan memasuki sekola..

pagar ini menjadi pemisah.. ^^


berbalik kepada cerita 3in1..
tujuan sebenar ke sekolah untuk mengambil sijil stpm..
sambil tu jumpalah dengan cikgu2 tersayang sekali Beraya la.. hihi kan masi raya!!
dan yang ketiga.. pergi melawat kembali Aspuri tercinta.. tempat yang telah lama kami tinggalkan ^^

melawat adik2 aspuri yang semakin terkenal dengan kenakalan mereka.. cikgu pun surender dgn budak sekarang.. hihihi beraya di rumah Cg Andi & Cg Adyani.. kata mahu jumpa sekejap jadinya berJam.. hahaha

Begitulah cheritera 3in1...
semuanya berlaku dalam 1 kawasan..
dalam masa tak sampai sehari..

Gembira pastinya dapat melepaskan Rindu dengan Cg2 dan adik2 Aspuri..
semoga tahu hadapan berkesempatan untuk bertemu kembali.. ^^


Sunday, September 4, 2011

update

Bismillahirrahmanirrahim..

setelah sekian lama barulah hari ini tergerak hati untuk menulis kembali dalam ruangan fotogenik nie.. hehe
cuti semester yang hampir 4 bulan kini telah hampir sampai ke penamatnya.. tapi disebabkan cuti yang sangat lama ramai yang dah liat mahu balik kampus.. haha


sepanjang cuti banyak pengalaman baru diperolehi terutama apabila saya menghabiskan sisa2 cuti saya dengan bekerja "part time" di Guardian Sunway Pyramid.. menimba pengalaman menjadi "cashier & sales assistent" selama 2 bulan 16 hari.. pengalaman berharga untuk saya mengenal erti kepayahan bekerja!


sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bekerja.. ini adalah tempat ketiga selepas menjadi "waitress & pembantu pengawas exam di ums" tetapi bagi saya ini adalah yang palingggggg mencabar. buat pertama kali bekerja dalam bulan ramadhan.. kena layan kerenah pelanggan yang pelbagai dan banyak lagi yang sebenarnya sukar untuk diungkapkan melainkan orang yang bekerja dan merasainya sendiri..

bekerja selama 2 bulan 16 hari dan berada di Selangor selama 3 bulan 2 hari.. hampir keseluruhan cuti berada di sana.. hehe orang menghabiskan cuti di kampung halaman, saya pula berhijrah ke bandar.. haha saja cari pengalaman baru.. lagipun mahu jalan2 sekitar semenanjung. sempatlah juga pergi ke beberapa tempat menarik seperti klcc, masjid jamek,  nilai, picnic di bagan lalang sepang, i-city dan paling jauh dapat pegi Melaka bandar bersejarah.. InsyaAllah ada rezki nak pegi sana lagi, tak puas sebenarnya.. ^^


Hari Raya

hari nie dah masuk raya yang ke 6.. baru jak tadi kakak seorang dah balik ke KK.. next yang akan meninggalkan rumah terchinta nie saya laa.. tak puas sebenarnya duduk rumah tapi apa boleh buat pelajaran kena diteruskan lagipun takkan mahu cuti selama-lamanya kot.. esok nak pegi sekolah ambik sijil stpm sambil  jumpa cikgu2 yang dah lama tak jumpa..

...sekadar mengisi masa yang ada.. saja nak update blog.. dan nak asah bakat menulis memandangkan tak lama lagi kena belajar banyak menulis berita.. kan nak jadi journalist.. hihi ^________^