Tuesday, January 31, 2012

Manusia & Perubahan

Bismillah

ketika sedang asyik membaca majalah solusi yang telah lama dibeli tapi baru sekarang di baca
tiba-tiba ku teringat dengan satu perkara yang ingin di kongsi bersama dalam blog ini. sudah lama ingin menulisnya tetapi di tahan niat menulis kerana tugasan yang lebih penting. 

satu kisah yang ingin dikongsi adalah berkenaan seorang insan yang rapat dengan diriku sendiri, umurnya baru menjangkau 21 tahun ini. seorang yang di zaman sekolah rendah dan menengahnya sangat nakal... selalu ponteng sekolah dan pergi ke kedai permainan game!! sangat nakal sehinggalah dia telah mendapat surat penggantungan sekolah. tetapi atas dasar kasihan dan keprihatinan, pihak sekolahnya hanya memberikannya surat lepas untuk dipindahkan ke sekolah lain.

Yusuf atau lebih mudah di panggil ucuk.. dipindahkan ke sekolah baru dan daerah baru, kalau sebelumnya bersekolah di Tawau kemudiannya di pindahkan ke Semporna.. dengan harapan ada perubahan yang akan berlaku apabila bersekolah di Semporna. Berjaya juga menghabiskan persekolahannya sehingga SPM.. tiada lagi ponteng sekolah (mungkin sebab takut dengan my mom.. hihi)
tetapi bukan itu yang ingin ku ceritakan.. sesuatu yang menarik dalam dirinya.. apabila dia yang dahulunya tidak solat, berubah sedikit demi sedikit (Alhamdulillah)


iluvislam.com


pernah suatu ketika.. dia bertanya kepadaku.. "Ramlah, ko solat lima waktu ka?"
lebih kurang begitulah pertanyaannya kepadaku beberapa tahun yang lepas.. ketika itu dapat ku lihat ada perubahan pada dirinya, mula membeli buku agama dan solat. Ucuk juga mula mengikuti pengajian agama dan tabligh yang diadakan di Masjid dekat rumahnya di Tawau.

aku bertanya kepadanya.. "macamana ko boleh ikut dengan pergerakan tabligh?"
dia menjelaskan.. dia tertarik untuk datang ke masjid apabila ada yang orang yang memanggil untuk ke masjid, sekadar ingin tahu apa yang mereka lakukan.. Pertama kali dia mengikuti pengajian di masjid, setiap seorang daripada mereka di suruh untuk membaca Al-fatihah dan pembimbing tersebut akan memperbetulkan bacaan mereka.. Dia mula merasa kagum kerana baru mengetahui bahawa membaca Al-fatihah ini bukanlah dengan hanya membaca begitu sahaja sebaliknya perlu betul dengan hukumnya sekali..
sejak daripada hari itu.. dia mula mengikuti pengajian agama tersebut dan mula ikut sekali ke markas (pondok) tempat semua mereka berkumpul.

Apabila dia berhenti sekolah dan ke KL untuk bekerja, pembelajarannya mencari ilmu Allah tidak terhenti di situ, di KL dia mula membeli lebih banyak buku agama dan cd ceramah agama. bertemu dengannya setelah beberapa ketika tidak bertemu.. MasyaAllah, dia telah jauh berubah.. apa yang lagi membuatku bangga kepadanya, dia bekerja dan belajar secara part-time di sebuah kolej di ibukota.. dengan hasil gaji yang tidak seberapa, dia mampu membayar yuran, kirim duit tiap bulan kepada makbapak dan menyimpan.
(kadang2 rasa malu pada diri sendiri kerana hanya tahu minta duit saja.. huuu)

dia bekerja untuk menyimpan duit menyambung pelajaran dalam bidang agama..
banyak tempat yang ingin dia tuju.. ada beberapa panggilan di area semenanjung Malaysia namun, dia tekad untuk meneruskan niatnya melanjutkan pelajaran di Indonesia!!

aku pernah bertanya, kenapa mahu di Indonesia sedangkan di Malaysia kan banyak juga sekolah pondok dan kolej-kolej yang mengajar bidang agama.. tapi baginya, dia mahu berada dan belajar di Indonesia kerana di sanalah para ilmuan islam yang tersohor. dia mahu mendalami agama di tempat yang akan membolehnya menerima semua ilmu. sekali lagi aku kagum walaupun dalam hati kecilku terpalit rasa bolehkah dia belajar di sana. Tapi Alhamdulillah dia kini berada di tempat yang diimpikan selama ini, belajar jauh di
STIBA Makassar (Ma'had Aly al-Wahdah) Indonesia. 

Melihat perubahan yang ada pada dirinya sangat mengkagumkan diriku.. dia mampu berubah sedangkan aku masih begini..huuu dia yang dahulunya kurang tahu pasal agama kini, boleh dijadikan tempat bertanya pasal agama. Alhamdulillah!!

rasa bangga punya adik sepertinya.. (^__^)
semoga perjalanannya sentiasa di redhai Allah di mana pun dia berada.. Amin

ucuk berjubah putih, yg sorg lgi nie muhammad (adik) 



***sekadar perkongsian yang tidak diolah dengan baik.. kerana aku bukan penulis.. hihi  :) 



Thursday, January 26, 2012

family vacation


Alhamdulillah 
cuti sem kali ini yang kebetulan jatuh pada cuti tahun baru cina.. kami sekeluarga pergi bercuti ke
SANDAKAN (^_^)

Perjalanan yang panjang dari Kota Kinabalu sehingga ke Sandakan yang memakan masa hampir 
7 jam (sbb banyak berhenti.. hihi) biasanya 5 jam ja.. 
Mak Bapak n Adik2 semua dari Semporna.. Bertemu semua di pertengahan antara KK n Semporna!!

Bahagia rasanya apabila dapat bersama keluarga
jalan-jalan, melawat sini sana.. berkonvoi 3 kereta dengan pelbagai ragam.. hihi
macam-macam kerenah!!
(semua ada kecuali abg n family yg ada d KL) 

2 malam di sana kami pergi ke
SEPILOK
TAMAN BUAYA
BANDAR SANDAKAN

masa-masa yang lain dihabiskan di ruma kakak la.. 
belajar naik motor & akhirnyaa... dah pandai.. ^^, 

Jommm tengok gambar >>

Welcome To Sandakan :)

Taman Buaya (buaya besar2 oooo)

Tako!! (telah membunuh 4 org manusia.. huhu)

B4 gerak ke Taman Buaya :)

ikan besar yg seakan-akan disaluti emas!! (nama lupa.. hii)

ikan :D

adek bergambar dgn ular.. (Geliiiiii)

Selamat datang ke Sepilok :)

orang utan yg x comel!! heee

beraksi!!! 


...tamat sudah percutian.. InsyaAllah ada peluang ke tempat lain lagi..

Friday, January 20, 2012

Ketenangan & Kedamaian ada di sini!!


SubahanaAllah
Alhamdulillah 
AllahuAkbar

Ketenangan & Kedamaian ada disini..

Pantai Kg Loknunuk, Tuaran









Bakti Siswa Masih Ada Yang Prihatin



Video Montaj Sepanjang Program Bakti Siswa Masih ada Yang Prihatin
di Kg Loknunuk Tuaran

gabungan 3 Universiti

UniSZA, UMS & UiTM


*credit to Marzuqi* (Mpp UniSZA)
(tukang buat montaj nie n uplaod) 

Sunday, January 15, 2012

Baktisiswa UMS, UniSZA & UiTM


Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah.. Akhirnya berakhir juga Program Baktisiswa
"Masih Ada Yang Prihatin" di Kampung Loknunuk, Tuaran!
Hasil usaha keras Mpp UniSZA, UMS & UiTM.

Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam sangat terkesan dihati, 
mendapat keluarga angkat yang sangat sporting & ambil berat.. Kak Mala, Mak, Eyang, Kak Chik dan little princess di ruma kami.. NANA!! ^^,

Adik beradik angkat terdiri daripada 
Kak Aisyah (UniSZA)
Atikah (UniSZA)
Rai (UiTM) 

4 hari bagaikan berada di rumah sendiri.. dengan layanan yang sangat mantap!! 
Terima Kasih yg mampu di ucapkan. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika kali pertama menuju ke Kampung Loknunuk, Tuaran.
terlalu banyak yang bermain di minda, jalan kampung yang sangaaattt mencabar.. 
di kelilingi dengan bukit dan hutan yang mengambil masa kira-kita 30 minit untuk sampai ke kampung yang dituju daripada simpang!! sangat jauh terpencil kampung ini. 

Setibanya di Kg ini sangat menenangkan jiwa dengan suasana yang sangat damai
tak sangka pula disebalik keindahan Kg yang berada bagaikan di dalam hutan ini, 
terdapatnya Pantai yang sangat cantik.. SubahanaAllah!! 
tiada ucapan lain yang mampu diucapkan ketika pertama kali melihat keindahan pantainya.

Keindahan Matahari Terbenam Pantai Kg Loknunuk ^__^

Pantai yang sangat cantik =)


Ketika petang melihat matahari terbenam di sinilah tempatnya.. sangat Indah, Pantai yang bersih & cantik.
Mandi air laut masih boleh nampak Pasir di bawah!! 
sepanjang program pengharaman mandi air laut telah dikeluarkan oleh pengarah Program
Nik Zawawi atau lebih glamour di panggil "Pok Chek" (sebab dia kecik.. menurut kata kak aisyah) 
tapi memang kecik pun!!! kecik bukan sebarang kecik.. TimB Mpp UniSZA tuuu.. hihi 
Tapi arahan yang dikeluarkan tidak diendahkan, mandi juga semua.. hahaha 
bak kata slaah seorang pelajar Uitm (nama x ingat.. hihi ) 
"kalau mandi mesti guna sabun & syampoo, nie berendam jak" hahah
logik juga kan??? 

apa yang pasti.. hampir semua mandi air laut & dapat naik bot!! Yeyeeaahhh Bestt ^^,
bagi yang dari semenanjung.. ada yang berpeluang ikut pergi menarik pukat dengan keluarga angkat masing2. 
Pastinya ini merupakan satu pengalaman berharga untuk semua.. =) 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

mata pun dah mengantuk gila-gila sebab baru sahaja balik.. 
akan menyambung pada entri akan datang dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang di sana.
~ terasa diri ini seperti masih berada di sana ~






Sunday, January 1, 2012

memulakan hari baru

**45 kg**

Yeyeaahhh.. Memulakan Hari baru di Tahun 2012 dengan berat badan 45kg!!!!
orang sibuk-sibuk nak berdiet.. ak bedal ja semua.. hahaha

walaupun kawan-kawan selalu suru makan banyak-banyak agar membesar..
hahha dahh macam nie la kejadiannya.. HAPPY apa.. x paya diet2.. makan ja semua ^^


~berlayar dan terus berlayar~

Welcome 2012


Bismillah.. 

setelah sekian lama tak bertandang ke blog ini.. barulah terdetik hari pada tahun baru ni untuk menulis sesuatu walaupun sebenarnya dah terlupa emel dan password.. huhu nasib baik dapat masuk lagi.. 

Memulakan entri baru di Tahun 2012

Ahlan Wasahlan 2012





macam tak percaya kini dah berada di tahun 2012
ini bermakna orang-orang yang lahir di tahun 1990 akan menjangkau usia 22 TAHUN!!!
ohhh.. sukar untuk dipercayai.. DAH 22 Tahun rupanya.. (perangai tak ubah macam budak sekolah.. haha) 

di awal tahun ja dah buat kerja gila dengan Nisa, Mira & Awin.. ketawa sakan abis melayang semua fakta yang ada dalam kepala.. menghabiskan masa semalaman bercerita gara-gara tunggu nak habiskan print nota yang banyak gilaaa tuuu.. (nie semua nisa punya pasal) 

Semoga terus di beri kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan sebagai penuntut di UMS nie.. 
lagi 3 semester untuk diselesaikan.. 
Berikan aku kekuatan Ya Allah.. 

2011 yang ditinggalkan..

terlalu banyak kenangan yang tak boleh dilupakan
manis, Pahit, Kelat, Masin semua ada.. cukup rasa!! 
pengalaman hidup yang dilalui terlalu banyak untuk diungkapkan..
Persahabatan & Pelajaran
banyak dugaan tapi banyak juga kemanisan di dalamnya.. hehe 
percintaan??? 
yeyeyaahhhh still single!!! searching for someone... (bukan sekarang ok.. hihi) 
Tahun ini banyak sangat enjoy, banyak main & segala kenakalan ada dii tahun 2011
buat assingment sampai pada tahap kritikal baru nak siapkan.. (kena ubah!!!) 
sampai tak tidur malam gara-gara asingment.. aku sendiri tak tahu macam mana boleh aku lakukannya.. haha


Chaww cincau 


Selamat Tinggal 2011
Selamat Datang 2012 



~Berlayar di Tahun 2012~