Monday, February 21, 2011

teruskan perjuangan

As Salam..

hari ini.. malam ini..
akan berangkat kembali ke medan ilmu.. tenpat ku belajar.. mengenal kawan2.. mengenal pensyarah.. mengenal apa itu kuliah?? apa itu tutorial?? nek bas kena berebut, tunggu bas sampai 1 jam.. huhu dan banyak lagi...
yang pahit.. yang manis.. semua ada di sini.. UMS.. destinasi ilmu yang ingin ku tuju.. :)

balik ke kampung halaman secara tiba-tiba.. semua orang tertanya-tanya.. haha dan jawapannya hanya 1.. saya rindukan kampung!!! hampir seminggu maw nangis jak kerja.. tak tahan dah.sooo.. balikla.. walaupun kena skep 3 kelas.. hahahaha..

teori-teori, statistik & politik semasa (klu ari nie mid term.. abisla aku.. harap2 X.. huhu)

percutian 

walaupun hanya 3 malam d rumah yang santik nie.. tapi itu suda memadai bagiku.. huhu
semoga balik nanti bersemangat untuk buat asgment n mid term semuaaaa minggu depan.. ohhhh...
kena fokus.. let go back n study.. study..



UMS hari nie..
hari nie merupakan hari mengundi untuk UMS.. hahhaha tak dapat p mengundi..
ada yang cakap akan di kenakan tindakan.. hohoo tak kesahla.. sy dah sediakan jawapan yg power klu perlu dihadapkan dgn orang teratas d u.. (lagak berani) dalam hati sapa tahu.. huhuhu

dengar dari kawan2 tentang apa yg terjadi d ums..
perang poster sini sana.. semua lagak mendengarkan manifesto masing2..
pelbagai janji di tabur.. harap semua itu akan ditunaikan bagi yang menang..
untuk kesejahteraan bersama.. hehe..

.......... selamat tinggal rumahku tersayang.. panjang umur bulan 5 insyaAllah kembali lagi.. ^^,

Wednesday, February 9, 2011

salahkah kami???

sedih.. itulah gambaran yang dapat diberikan apabila kerja yang kita lakukan langsung tidak dihargai..
tidak ingin menyalahkan pensyarah atas apa yang berlaku
tetapi...
caranya membuatkan diriku dan teman-teman yang lain sangat kecewa..

kami datang ke biliknya dengan harapan untuk memperbetulkan assingment yang telah kami buat secara "brainstorming" bersama ahli kumpulan.. kami ingin apa yang kami taip di atas sekeping kertas yg dipanggil draf itu di perbetulkan..

tapi...

apa yang berlaku?? dia mengoyak kertas draf yang kami buat sehingga menjadi cebisan kertas.. argggg saat itu hati bagaikan diremuk seperti kertas yang dikoyakkan itu.. sangat kecewa!!!!
seorang yang berpendidikan tinggi mengeluarkan perkataan b**** kepada kami sebagai pelajarnya sambil menyuruh kami untuk menanam cebisan kertas itu di tepi rumah!!! wajarkah seorang pensyarah mengatakan sedemikian???  sepatutnya dia mengajar kami dan bukannya terus mengoyakkan kertas tersebut..

kami datang dengan semangat yang tinggi supaya apa yang kami buat diperbetulkan tetapi.. apabila seorang pensyarah mengatakan sedemikian.. SEDIH.. sangat sedih!!!

air mata ini bagaikan ingin mengalir sahaja tapi mengenangkan kami berada dihadapannya.. ku tahan juga tapi bila mengenangkan kembali.. Ya Allah.. hanya DIA yang mengetahuinya.. saat2 dia mengoyak draf yang kami buat.. hati ini sangat sedih.. air mata ini sentiasa ingin mengalir.. rasanya ingin mengaku kalah tapi.. ku kuatkan juga semangat untuk membuat tugasan yang diberikan bersama kawan-kawan yang lain walaupun mereka sendiri sudah "fed up" dan marah dengan tindakan pensyarah tersebut.. tapi apakan daya, kami masih ingin BELAJAR dan terus belajar..

Ya Allah.. semoga peristiwa hari ini dapat hilang daripada ingatan ini.. walaupun aku tahu itu semua  terlalu payah..Teguhkan hati HambaMu ini.. sebagai terus kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih pada masa akan datang.. Amin.. 

Friday, February 4, 2011

krisis mesir

4.27am.. mata ini masih tidak ingin lelap..

memandangkan tak dapat tidur.. menyoroti setiap cerita yang berlaku berkenaan keadaan di Mesir..
bermula daripada melihat berita di laman web tv3 sehinggala ke cerita-cerita dalam blog-blog pemerhati disebalik krisis yang berlaku di mesir..

hendak mengulas lebih.. saya bukanlah seorang yang arif tetapi untuk memantapkan pemahaman tentang isu semasa yang terjadi ini.. laman blog menjadi medan mencari input-input baru.

pelbagai pandangan dan cerita yang dipaparkan.. bermula daripada pelajar malaysia sendiri yang merasai pengalaman di sana sehinggalah pandangan mereka yang arif berkenaan isu ini..

sedikit perkongsian daripada sebuah laman blog yang saya temui berkenaan dengan krisis di mesir ini..
baca dan fahami.. DISINI..

hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kemenangan berpihak kepada mereka yang benar..

Tuesday, February 1, 2011

Selamatkan mereka



bismillah..

semakin rancak dunia berbicara berkenaan rusuhan yang berlaku di Mesir..
kebangkitan umat islam di Mesir tidak ada lagi yang mampu menghalang mereka lantaran penindasan yang dilakukan hampir 30 tahun oleh pemimpin mereka.

hampir 11 ribu orang rakyat malaysia di mesir terutamanya pelajar.. keluarga dan saudara mara di Malaysia tidak boleh duduk diam lantaran situasi yang semakin tegang di sana..
dari kejauhan.. mari kita doakan semoga saudara seislam kita di sana selamat.

perkembangan terkini dari mesir boleh di dapati disini

..menerusi laman pembacaan daripada satu blog ke blog yang lain..
kebangkitan ini menjadi satu petanda kepada kebangkitan umat islam terutamanya di Palestin.. penggulingan pemimpin mesir Hosni Mubarak pastinya satu kemenangan kerana sempadan Rafah akan di buka.. umat islam di Palestin akan mendapat bantuan. US tidak boleh lagi mendabik dada kerana seteru utama mereka telah digulingkan (ini akan terjadi sekiranya kemenangan berpihak kepada rakyat mesir) dan sy pasti Allah bersama umatnya yang benar.. ^^

.. membaca satu ruangan blog seorang pelajar medik mesir yg telah kembali ke tanah air menaikkan semangat sy membaca berkenaan isu intifada rakyat mesir.. lagu yg diputarkan sangat2 memberi kesan kepada umat islam bangkit dan tidak gentar dengan pihak musuh..



.. doa senjata orang mukmin yang paling ampuh.. 
 Ya Allah selamatkan saudara seislam kami di sana.. Amin