Friday, January 21, 2011

semester baru.. Imej baru????

bismillahirrahmanirrahim..


sekadar ingin berkongsi realiti yang berlaku dihadapan mata sendiri..
semester baru.. imej pun baru.. apa yang ingin saya katakan di sini mengenai realiti yang berlaku di hadapan mata saya sendiri.. berlaku dalam kalangan rakan-rakan sendiri.. perubahan drastik yang membuat saya berfikir.. adakah semester baru nie membuatkan mereka nekad dengan imej baru iaitu dengan "membuka tudung".. yahh.. itulah realiti yang berlaku sekarang..

semester pertama elok bertudung.. bila masuk semester baru tudung mereka hilang entah ke mana.. bukan seorang tetapi ada beberapa orang yang memang jelas totally melemparkan tudung mereka jauh daripada mereka. apa yang berlaku sebenarnya??? hmm..

                                                              kan cantik begini??    
                                                       


saya bukanlah seorang ustazah dan bukan juga seorang yang menggunakan tudung labuh tetapi saya tahu mana yang baik dan buruk dan tahu batas-batas dalam  islam  itu sendiri.. hendak menegur secara terus masih tidak mampu melakukannya.. saya hanyalah insan biasa yang tidak mampu membuat teguran sebaliknya hanya mampu berdoa semoga pintu hati mereka akan terbuka  untuk meggunakan HIJAB kembali..  

Wednesday, January 19, 2011

Bengkel

15 & 16 januari yang lepas menghadiri bengkel kemahiran komunikasi dan kemahiran mendengar untuk semua ahli PRS yang baru..

dua aktiviti awal untuk pemantapan semua ahli prs sebelum benar-benar layak untuk menjadi pembimbing.. untuk menjadi seorang pembimbing kepada orang lain kita kena ada kemahiran komunikasi dan mendengar yang baik barulah kita dapat membantu memberi pendapat kepada orang lain dan bukannya memberi jalan penyelesaian yang tidak tentu hala..


15 januari 2011 bersamaan hari sabtu..
Bengkel Kemahiran Komunikasi..

..pengisian program yang sangat mantap.. dan bagi saya membuka minda dan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai..

slot 1..
ceramah yang disampaikan oleh pensyarah kami.. ^^ Encik Saad yang membicarakan berkenaan cara berkomunikasi yang baik.. setiap komunikasi mesti ada pengirim dan penerima.. itu yang penting!! tetapi ia telah dikembangkan oleh banyak sarjana yang mengkaji tentang model asas komunikasi.. haaa.. itu adalah antara yang disampaikan..tapi.. bagi student kamunikasi ini adalah ulangan kuliah sem lepas.. hihihi


slot 2..
LDK.. diketuai oleh abang Ajib (mantan pengerusi prs 2009/10)

slot ldk bersama abang Ajib.. sangat menyeronokkan..
semua ldk yang dijalankan adalah berkaitan dengan komunikasi tetapi disampaikan dalam cara yang sangat berbeza..

antara aktiviti yang dilakukan... (yg masi di ingat hehe)

  • ekspresi muka.. berpasangan, seorang buat muka marah n seorang lagi buat muka senyum.. (mimik muka ini melihat bagaimana ekpresi muka seorang prs apabila didatangi seorang yang sedang marah.. haaa... jawapannya.. walau apa pun.. kita kena senyum dan bukannya melawan balik marah orang tersebut..) ini adalah salah satu komunikasi non-verbal.. tanpa suara sebaliknya cuma menggunakan eye contact or body languange.. bahagian  nie sangat lucu.. banyak ekspresi muka yang keluar.. n yg pasty "ketawa" adalah yang palingn menguasaii.. hahhaha

  • kedua.. bercerita pengalaman tym cuti sem dengan membelakangi orang yang dibawa bercerita.. (haa... moralnya di sini.. adalah sangat  jika bercerita dengan seseorang tanpa memandang wajah mereka secara face-to-face) jadi.. apabila kawan bercerita atau sesiapa sahaja kita kena melihat muka orang yang bercerita barulah.. maklumat akan sampai dengan baik..
  • ketiga.. cerita  pengalaman tym cuti juga tetapi kali nie tanpa mengeluarkan suara.. hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja.. haa.. bab nie pun sangat payah sebenarnya.. nampak ringan tetapi untuk melakukannya kita memerlukan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa badan sahaja.. 
  • last slot bersama abang Ajib.. buat ala-ala debat.. seorang wakil bagi setiap kumpulan.. part nie saya takkan lupa selama-lamanya insyaAllah.. knp?? sebab inilah  kali pertama saya menjadi wakil untuk kumpulan dan bercakap di hadapan ramai orang.. (except presentation laa.. nie wajib nak dapat markah.. hihi) disinilah saya rasa.. keberanian untuk berhadapan dengan orang dengan mambawa tajuk.. "facebook.. mancari kawan @ publisiti murahan" haaa.. tajuk yang sangat hangat.. kami memilih fb sebagai publisiti murahan sahaja dengan banyak hujah diutarakan dan banyak tentangan diterima (dah agak sebenarnya..) berlaku perdebatan hangat.. sangat seronok dan saya tak sangka saya boleh melakukannya.. yeaahhh.. saya boleh!!.. selepas nie.. mugkin lebih berani mengutarakan pendapat dan bukan hanya menjadi pendengar sahaja..  

 slot terakhir..
bersama puan Zaiton.. penyelaras prs..

..belajar secara praktikal cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang apabila ada yang datang meminta pendapat  daripada ahli-ahli prs..

..slot nie pun banyak mengajar cara berkomunikasi yang lebih baik.. dan banyak masalah yang dapat di dengar.. terkejut.. dan kadang-kadang sukar untuk dipercayai masalah ini sebenarnya berlaku disekeliling kita sahaja cuma tidak ada orang yang ingin meluahkan.. disini juga banyak mendengar masalah kawan-kawan yang bermasalah kerana "cinta" cerita pasal break dan sebagainya.. dua hari bengel masalah nie yang paling menonjol.. huhu tak tawla knp.. hehe


.... panjang bercerita.. semua berkenaan bengkel komunikasi, belum masuk lagi bengkel mendengar.. haaa dah penat.. len kali sambung cerita.. ^^

nota kaki : bengkel nie banyak membantu saya memperbaiki cara komunikasi dan mendengar dengan lebih baik.. dan yang paling penting.. saya berani berhadapan orang ramai.. hihihi

Saturday, January 15, 2011

PR-Siswa

Bismillahirrahmanirrahim.. 

PR-Siswa atau kepanjangannya Pembimbing Rakan Siswa.

merupakan sebuah persatuan di setiap universiti tempatan.. PR-Siswa nie macam PRS kat sekolah menengah tapi namanya di ubah di peringkat U supaya lebih molek di dengar.. hehehe pembimbing rakan sebaya di upgradekan kepada pembimbing rakan siswa di peringkat universiti.

secara realitinya.. masih ramai yang tidak mengenali PR-Siswa nie especially kat saya belajar sendiri, cakap saja PR-Siswa mesty ada yang tertanya-tanya.. apa tu?? kenapa mereka tak tahu ya?? ntah la.. saya sndiri tak da jawapan kerana pertama kali saya membaca iklan pengambilan pelajar baru untuk PRS nie saya dah tertarik dan terus mengambil borang untuk join persatuan nie.

kami telah menjalani temuduga oleh ahli-ahli PRS senior dan yang terpilih akan mengikuti kursus pentauliahan selama dua hari.. n alhamdulillah saya adalah salah seorang ahli baru PRS UMS.. ^_^

itu adalah latar belakang pengambilan ahli PRS ums.. sangat ketat sebab result kena ok.. teringat kembali semasa hari interview kami di beri peluang untuk bertanya sesuatu yang kami ingin tahu berkenaan prs nie.. n  soalan yang saya ajukan ialah.. kenapa prs nie menetapkan standart pointer x boleh kurang daripada 2.50 untuk pengambilan ahli (walaupun saya tahu jwpan yg akan diberikan sebenarnya..hihi sekadar inginkan kepastian) dan jawapan yang diberikan... namanya juga pembimbing rakan siswa.. n then nak bimbing orang takkan result teruk kan.. tak bolehla.. kita kena lebih baik jika ingin membimbing orang..haaa lebih kurang gitula ayat yang diberikan oleh fahmi (peng'interview' pada aritu merangkap pengerusi prs utk sesi 2010/2011) 

........sekadar pengetahuan.. PRS UMS telah ditubuhkan sejak awal 2000 (klu x silap.. dah lupa.. hiihi) oleh Puan Zaiton atau yang lebih suka dikenali sebagai "kak Jai" dalam kalangan ahli prs.. sangat baik dan sangat care tentang perjalanan aktiviti prs kerana dia tidak mahu prs nie hanya sekadar nama dan ingin sentiasa aktif.

n now....
memasuki semester yang baru.. banyak program yang akan dijalankan.
aktiviti yang pertama ialah bengkel kemahiran komunikasi yang berlangsung pagi tadi.. 15 januari 2011.. sangat best dan banyak membantu meningkat keyakinan diri terutama kepada diri saya sendiri.. ^^
bila ada kelapangan saya akan menulis berkenaan bengkel ygn dijalankan..

sekian untuk pengisian kali ini.. ^_^

Monday, January 10, 2011

awesome!!

Assalamualaikum wbt..

sekali lagi berpeluang menulis dalam blog nie & itu bermakna ada sesuatu yang ingin dikongsikan.. :)

beberapa hari lepas berpeluang 'chat' dengan 2 orang rakan shida & susilawati..
shida belajar kat umskal, wati plak di upm bintulu..
tanya result mereka berdua..

woww.. hebatnya.. itulah kata-kata yang boleh keluar dari mulut q nie.. huhu
mendapat result yang sangat gempaq.. anugerah dekan 2..

shida : 3.8
wati : 3.79

...tanya wati apa rahsianya.. simple jak dia ckp yg penting tym kuiz,mid term n exam buat betul-betul, jangan main-main.

take it seriusly.. i want to be like both of them.. adaka aku mampu??
ramlah.. tidak ada yang mustahil, yakin pada diri.. insyaAllah daku mampu melakukannya yang penting usaha & memohon kepada yang maha kuasa..

Friday, January 7, 2011

kosong

boring..

tepat 10.21pm.. datangnya idea untuk mengetuk kekunci laptop.
tak tahu nak buat apa lagi..
bersendirian dalam bilik.. roomate balik rumah abang dia lagi.. hurmm.. nasibla..
takda teman bercerita.. huuhu

......harii nie hari kedua di hostel & baru sekali masuk kuliah.. hehe...

abis jak kuliah teori-teori.. semua diingatkan untuk mula membuat tugasan yang diberikan.. ngeeeee
masih dalam mood cuti.. amat payah untuk melakukan tugasan yang diberikan (huuu buangkan rasa malas tu)

..sedang berjalan ingin menuju ke bus stop, aizat tanya ada masuk kuliah penulisan akademik ka?? (ak ternganga seketika) dah ada tugasan yang diberikan.. huuu bertambah lagi satuu tugasan.. thanks aizat (kelatenya sgt pekat lo.. hehe) beritahu kitorang yang suka- suki menambah cuti nie..

maknanya sekarang...
ada 3 tugasan yang perlu diselesaikan..

  • mencari dan ulas 2 jurnal komunikasi (dah dapat tp ntah d terima @ x)
  • membuat penulisan akademik ( cari tajuk n buat dalam 10-15 page.. panjangnyaaa)

... kena mengumpul semula mood-mood membuat asingment dengan cepat, kalau x.. konfom ini akan menjadi kerja last minute..

~berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Amin..~

Tuesday, January 4, 2011

2011

ada apa dgn 2011??

365 hari untuk diselesaikan..
angka yang terlalu besar buat diri kita tetapi..
apa yang pasti.. angka itu akan sentiasa kita tinggalkan tanpa kita sedari sebenarnya..
masa berlalu terlalu pantas..

sedar tak sedar..
dah masuk sem 2 diriku ini bergelar pelajar universiti..
sem 1 dah berlalu dengan pelbagai cabaran, banyak enjoy dari belajar (kena d ubah nie,, huhu)

2011..
semoga sinar kegembiraan menyinari kehidupan kita semua.. insyaAllah..