Monday, October 10, 2011

silat

Assalamualaikum wbt.. ^^

semalam.. buat pertama kalinya saya pergi melihat kejohanan silat.. yeaahhh akhirnya!! haha
selama setahun berada di UMS, nie la kali pertama saya merajinkan diri melihat sukan.
kalau bukan kerana assingment konfem la kan saya tak pergi tengok.. haha

sejak memulakan sem 3 nie.. banyak benda yang saya tak berapa minat mahu tengok terpaksa juga saya pergi hanya kerana untuk menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar dalam bidang kewartawanan. haisyy.. nasiblah tapi best sebenarnya. hehe

ok.. berbalik kepada cerita silat..

kejohanan silat terbuka IPT dan pasukan jemputan UMS pendekar Bayu 2011
ini dianjurkan oleh Pasukan Kelan Pencak Silat UMS dengan kerjasama HEP.

result sebenar tak tahu lagi sebab tak tengok sampai habis.. hehe (macamana maw buat berita nie???) =.="
tapi yang pasti memang hebatla perlawanan separuh akhir dan akhir (tengok 4 perlawanan sj)
dengan pelbagai aksi yang menarik.. mantap la!!

tengok gambar lagi best kot..





Silat takkan pernah lari daripada keseniannya.. sangat berseni dan mempunyai pelbagai teknik yang sukar difahamii terutama aku yang pertama kali melihatnya.. haha

adat kemelayuan dalam silat nie sangat unik dan benarlah seperti yang selalu yang diungkapkan bahawa silat adalah nadi orang melayu. Silat mencerminkan budaya malayu yang penuh dengan adab sopan dan tatasusilanya.

semoga kita mampu mempertahankan adat dan budaya ini sehingga ke akhirnya..
tengok silat jak terus teringin belajar silat.. hihi ^^

Thursday, October 6, 2011

no idea

berusaha untuk menyiapkan tugasan reading & writing.. otakku tidak dapat berfikir idea yang perlu dimasukkan dalam esei ku nanti.. huaaaa

try buka LMS (learning management system).. mahu jawab soalan forum tapiii..
macam biasa line yang lembap takkan memungkinkan ku untuk menjawab forum tu.. huhu

jalan-jalan di FB la jawabnya..
sambil round sini sana.. terlihat gambar wall seorang rakan yang kini sedang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir.. wahhhhh bangga saya ada kawan di sana.. ehehe
terdetik di hati.. dapatkah aku menjadi seperti dirinya?? mahu juga merasa duduk ovearseas.. hehe ^^

tak pa.. tak pa.. mana2 tempat belajar sama jak yang penting niat kita betul dan ingin berjaya..
ok.. Semangat la sikit tengok gambar mesir.. hhee

sambung menghabiskan esei.. huuu dah jam 11.39pm..
esok kelas 8 pagi.. haaaa.. abislah kalau tak terbangun.. =.="

..... sentiasa mencuba yang terbaik untuk diri ini, ingin terus optimis melalui sisa-sisa hidup ini, yakin bahawa Allah tahu apa yang terbaik buat diri ini.. ^_____________________^

Thank You ALLAH..

ExTra ClasS with Kak IZan!!

Bismillah..

Hari ini merupakan hari free untuk kebanyakan daripada kami.. tetapi kerana semangat yang tinggi untuk belajar cara membuat radio internet & TV internet kami turun juga ke perpustakaan untuk belajar dengan Kak Izan.

Kak Izan merupakan senior kami yang paling sporting laa.. minta pertolongan pasti dibantu. hehe
kami pun apa lagii.. pakat ramai-ramai supaya kak izan mengajar kami cara belajar membuat radio internet.
2 jam adalah masa yang terlalu singkat untuk membuat sebuah radio internet, dengan line internet yang tak berapa nak betul, memang tak jadila radio kami.

Tapi Alhamdulillah.. adalah juga input yang kami dapat, tak lah kosong kan??
siap juga sebahagian radio kami.. tinggal nak sambungkan dengan internet jak lagi.
kelas tadi memang happening la, bising memang tak payah nak cakapla.. nama juga budak komunikasi.. jadi memang tak berenti bercakap la.

kalau ada yang sudah berjaya menyiapkan atau masuk untuk setiap step pasti gembira berabis la.. siap berlumba lagi nak cepat siap haha.. tapi itu hanyalah untuk memeriahkan suasana.. hehe tapi disitulah juga dapat dilihat kerjasama antara kami. walaupun kini kami dipisahkan dengan dua jalur yang berbeza.. (Kewartawanan & Penyiaran) dengan (Perhubungan awam & Periklan) tapi ukhwah antara kami tetap ada.. takdalah maw membezakan antara satu sama lain.. ^^

pabila kee & paw tengah fokus ^^  

fokus mcamana pun kalau kamera dah dpn mata.. tengok kamera jg dulu.. hehe

kak izan tengah mengajar ^^

fokus-fokus.. ^_^



what can i say?? 

I LOVE ALL MY COURSEMATE  ^___^

Sunday, October 2, 2011

Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..



nasib kita dgn orang lain tidak akan pernah sama..
mungkin mereka lebih baik & mungkin juga sebaliknya..

hati mereka menidakkan tetapi keadaanlah yang memaksa..
semoga mereka berjaya di luar sana.. ^^
kata-kata itu muncul dibenak fikiranku tatkala mengetahui satu berita yang mengejutkan daripada seorang rakan. sebelum nie saya ada mendengar berita yang sama.. ekpresi yang sama TERKEJUT.. tetapi kini daku mula memahami hakikat situasi mereka yang berbeza dengan diri ini. Alhamdulillah kerana aku masih teguh berada disini. 
seorang rakan yang boleh dikatakan sangat rapat, kami mula berkawan sejak berada di tingkatan satu. walaupun aku mula berpindah sekolah ketika berada di tingkatan 4 tetapi persahabatan kami masih kekal. Hari raya biasanya menjadi masa untuk kami semua berkumpul. 
dia baru sahaja tamat belajar dalam diploma di sebuah kolej swasta.. keinginan setiap orang apabila menamatkan diploma pastinya ingin menyambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi, dan dia telah mendapat tawaran belajar di universiti yang sama dengan ku.  aku pastinya menjadi orang yang gembira kerana rakanku akan berada bersamaku di sini. 
tidak sempat untuk bertemunya dek kerana luasnya UMS nie.. berhubung dengan sms sahaja sekiranya dia menghadapi masalah. semalam.. saya tergerak untuk meghantar pesanan ringkas kepadanya kerana tidak pernah bertemunya lagi.. dan dia membalasnya dengan sesuatu yang mengejutkan!
"aku sudah berhenti"  
ayat yang membuatkan aku terdiam seketika.. ku tanya kenapa tapi tidak berbalas, seperti ingin mengelak. ku memahami lalu tidak bertanya lagi. disinilah aku mula berfikir...
dua orang yang ku kenali mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian mereka walaupun hanya berada 2 minggu sahaja disini. aku mula memahami.. masalah kewangan lah yang memaksa, memandangkan mereka telah membuat pinjaman semasa diploma dan sesuatu yang berat untuk mereka menambah beban hutang lagi sekiranya menyambung pelajaran. 
yah.. nasib mereka takkan pernah sama dengan aku dan rakan-rakan lain yang dapat menyambung pelajaran di sini. sebagai pelajar di sini aku mengetahui hakikat bahawa pinjaman PTPTN tidak akan pernah cukup untuk menampung perbelanjaan di sini kerana kos makan yang tinggi dan pelbagai projek yang pastinya memerlukan $$$$$$. 
kini aku faham.. betapa hebatnya mereka kerana tidak ingin menyusahkan kedua orang tua mereka. tidak ingin membebankan dengan perbelanjaan mereka disini. 
aku sangat bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Allah limpahkan kepada keluargaku. kerana mereka aku mampu berada disini, mampu memiliki apa sahaja keinginanku. 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Terima kasih ya Allah.. nikmatMU terlalu luas untukku!! 
jika aku berada dalam situasi rakan-rakanku tadi.. mungkin aku akan mula merajuk & menangis kerana tidak dapat memenuhi keinginanku. namun mereka, terlalu kuat dan sabar kerana tidak ingin menyusahkan kedua orang tua yang dikasihi. 
Ya Allah.. kurniakanlah rezeki mu kepada teman ku ini.. semoga mereka berjaya melalui hidup ini dengan kurniaan rezeki yang halal buat mereka. aku BANGGA punya teman seperti mereka. ^^