Saturday, March 26, 2011

hanya gambar








..satu gambar boleh menceritakan banyak perkara..


lokasi : Sekitar bandar Kota Kinabalu..
masa : 11.00-4.00pm

HidaYah

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai nikmat kehidupan.. =)

Bertemu lagi dengan hujung minggu.. hehe yang paling best minggu nie tak ada apa2 program.. yeyeaahhh.. boleh rileks.. TAPI isnin nie ada Mid Term la plak!! hoooo statistik..

.. berbalik kepada tajuk post nie.. HIDAYAH..

apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah mengenai satu berita utama dalam Harian Metro!!
Tajuknya.. SINAR HIDAYAH BUAT NYAH.. tengok tajuk memang buat orang akan tertarik untuk membaca berita ini..

.......................................................................................................................................................................
saya kongsikan artikel berita nie...




KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.
“Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.
“Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.

Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.

“Sebelum ini, niat untuk berubah memang ada kerana saya memang menyimpan hasrat untuk mati sebagai lelaki Islam.

“Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa,” katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya’ dalam program pemulihan itu.

“Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya,” katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.

Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.

“Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Zakuan berkata, dalam program itu pihaknya sama sekali tidak memaksa mak nyah terbabit mengubah penampilan atau bertaubat, sebaliknya mereka dididik secara lembut dan tersirat melalui pelbagai program yang menyeronokkan.

“Ia lebih kepada dakwah secara halus. Malah, kami juga tidak memaksa mereka mengerjakan solat atau mengikut sesi tazkirah kerana kami mahu mereka melakukannya dengan sukarela atas keikhlasan hati masing-masing,” katanya.

Menurutnya, selain memberi didikan rohani, mak nyah terbabit turut diberi bimbingan kerjaya dengan mendedahkan mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perhotelan yang diatur dengan bantuan Pusat Giat Mara.

“Selain itu, program ini juga diharap dapat mengurangkan penularan penyakit Aids serta penyalahgunaan dadah,” katanya yang berharap aktiviti itu menarik lebih ramai penyertaan golongan mak nyah untuk ia diadakan lagi pada masa depan.
......................................................................................................................................................................

moga paparan berita ini mampu membuka mata ramai pihak terutamanya kepada golongan2 ini agar mengikuti jejak langkah rakan-rakan mereka mencari ketenangan yang hakiki dan kebahagiaan yang sebenar!!!

Hidayah Allah pasti ada untuk Hambanya..
suatu ketika mereka telah hanyut bersama dunia yang mereka ciptakan sendiri.. mengubah diri yang telah diciptakan sebagai seorang lelaki kepada perempuan!!!

di sekolah mahupun universiti tempat ku belajar sekarang, memang tidak dapat dinafikan fenomena lelaki lembut ini sentiasa ada.. perwatakan mereka mengalahkan perempuan asli termasuk juga kawan saya sendiri yang dahulunya tidak seteruk sekarang.. mereka berubah.. entah di mana silapnya!!!

Semoga program yang dijalankan JAKIM ini tidak hanya tertumpu di Semenanjung.. masih ramai insan begini yang perlukan bantuan untuk mencari identiti mereka kembali.. kembali menjadi lelaki yang akan menjadi pelindung kepada wanita!! 


TAHNIAH KPD JAKIM..

Thursday, March 24, 2011

TsunaMi di JePun

Assalamualaikum..

sejak kebelakangan ini banyak malapetaka dan kehancuran yang berlaku di seluruh dunia.. yang terkinii adalah tsunami di Jepun.. untuk bercerita lebih lanjut berkenaan rentetan tsunami yg berlaku sy pun kurang pasti.. al maklumlah tak ada tv d kolej kami nie, tgk berita online pun sangatlah jarang..

TAPi.. ada sesuatu yg menarik ingin sy jadikan peringatan buat diri sendiri.. satu entri post menarik drpd seorang sahabat yg sangat sy kagumi penulisannya.. klik link nie rahsia di sebalik malapetaka di jepun!!

mengaitkan angka-angka yang berlaku dengan ayat-ayat dalam Al-Quran!! Subahanallah.. semua yang berlaku telah tercatat dalam naskah Al-Quran peninggalan Nabi Muhammad SAW..

..Kita hanya insan kerdil di atas muka bumi ini..

Sunday, March 20, 2011

..TeStiNg..



testing.. testing...

haaa... ni lah hasil gambar yg ak ambik.. mula berjinak-jinak dgn dunia fotografi.. walaupun x hebat tapi berusaha utk menjadi yg terbaik.. cheewahh.. haha

banyak gambar maw upload tapi line nie sangatlah lembap..
memandangkan ak ni bukanlah insan yg sangat penyabar.. ak letak 2 jak la dlu sebagai permulaan.. =)

... hopely sem depan dapat pegang SLR sendiri.. hhehe.. so.. cuti nie esti kerja n simpan duit.. hohoh harap tercapailah hajatku nie.. belajar utk simpan duit nie!!

....... ada program lagi.. soooo.. kena out.. =)

My liFe

Assalamualaikum 

To My Open Diary..


lama diriku meninggalkan blog ni tanpa cerita.. Al maklumlah.. busy kan!!! mengalahkan dekan la plak.. hahaha (merepek).. life as a student.. PENAT oo.. tapi bak kata orang2 yang lebih banyak makan garam dari diriku  ni.. tym belajarlah tym paling best!!! banyak benda kita boleh buat.. pergi mana-mana pun boleh.. xda orang halang kecuali tak ada $$$$$.. hahaha

beberapa minggu nie hidupku dipenuhi dgn aktiviti.. mcm marathon.. pas habis satu program satu lagi menyusul.. dan sekarang nak handle satu program besar!! arggg.. tension jgk kadang2.. hambik ko (gatal btl maw melibatkan diri) tapi xpa.. bak kata kasmah.. best bha.. bila lagi kan maw jalan2.. hahha sy setuju dgn itu.. walaupun diri ini telah di 'warning' supaya mengurangkan aktiviti dan di arahkan utk fokus belajar sahaja utk memperbaiki result yg lepas.. result tak teruk pun cuma kurang memuaskan.. ngeeeee

banyak program banyaklah gambar kan.. hehe tengah berusaha mengumpul dan mencari gambar yg terbaik untuk menyiapkan assaingment komunikasi foto.. ambik gambar memang senang tapi maw cari yg da best dan ada nilai tersendiri tu yg payah..


Final Exam

4 week to go!!!!

bila masa maw belajar nie??? sibuk dgn program, assgment dan perkara2 yg tak penting.. haha
4 minggu tak lama tu.. berusaha untuk mendapat 3.0 keatas!!  InsyaAllah Boleh..
bilalah diri ini maw insaf kan.. hahaha.. 
Belajar.. belajar.. belajar..


..Hidup ini penuh dengan cabaran.. cabaran yg mengajar kita erti kehidupan..