Tuesday, May 24, 2011

harus memilih!!!

bismillah..

aturan Allah siapa yg dapat menjangka.. DIA maha mengetahui..
hari ini merupakan hari yg sukar daku rasakan.. harus memilih beberapa pilihan
suatu pilihan yg harus ada jawapan menjelang hari esok..

cuba melelapkan mata tapi tak boleh..
masih bermain difikiran.. beberapa pilihan..

** masuk kerja pada hari esok di "memory lane"
@ pergi interview di "mines use"

** dpt kol dr HEP UMS.. pg johor ikt program perkampungan PRS peringkat kebangsaan di UTM.. (nak sgt pg TP dpt panggilan sgt lambat.. hari nie dpt kol esok dah kena pergi.. ergggg geram juga rasanya.. konfom la x dpt pg kan.. KL-JHR jau tuuu.. ) hmm xda rezeki =.=

**  esok juga... nak pergi jumpa sepupu yg lama dah tak jumpa.. huhu nak pg tempat kerja lama.. RCH ^^


... harus membuat pilihan yg terbaik.. saat nie hati dah mantap untuk menolak tawaran kerja di memory lane dan akan pergi interview di mines use.. perkampungan prs (slmt tinggal.. huhu) & InsyaAllah kalau sempat nak juga pergi rch.. jumpa sepupuku ^^



*semoga dipermudahkan segalanya pada hari esok.. Aminn*



Saturday, May 21, 2011

tahniah!!

pagi yang indah.. petang yang penuh dengan titisan hujan ^^

tahniah buat diri sendiri..
tahniah kerana berjaya jalan sendiri di pyramid tanpa teman.. haha *belajar berdikari*
berjaya keluar masuk kedai bersendirian.. ^^

ok..ok.. menanti hari esok apa yg akan berlaku.. huhuhu

Ya Allah Permudahkan Segalanya. AMIN ^^



notakaki : hampir lg pg tgok nur kasih the movie sendiri.. nsb baik x sanggup.. haha *msh perlukan teman*

masa

bismillah..

masa itu emas..
ungkapan yg sangat sinonim dgn masa..
masa bergerak laju & pantas tanpa kita sedari..
antara sedar dan tidak.. hari nie dah masuk hari ke 6 diriku berada di kota raya yg penuh dgn kesibukan..

kehidupan warga kota & kampung sangat berbeza..
dua kehidupan yg menuntut warganya membuat pertimbangan akal yg logik..
silap langkah...
kehidupan akan binasa!!
iman kena kuat.. ^^


aktiviti hari nie...
duduk rumah.. tup tup dah malam.. pantasnya masa bergerak.. huhuhu
hari nie jalan p tengok arsyad comeyy ^^
juga jumpa adda & aiman.. kiut sungguh 3 beradik nie..


adda, aiman, arsyad.. ^^





pengembaraan pada hari esok akan diteruskan..
episod mencari kerja.. ngeee ^^
semoga dipermudahkan segalanya..
tak maw bambong lama2.. nak kumpul duit beli benda alah tuuuu ^^,

Wednesday, May 18, 2011

life

bismillah..

cuti sem telah bermula..pengembaraan pun dah bermula.. hehe ^^
hari nie masuk hari ketiga berada di KL.. kehidupan yg sangat berbeza drpd d kampung..
kunjungan kali kedua.. rasanya baru tahun lepas dtg sini.. n im back here for da same reason ^^  

semalam..
seharian berjalan.. perjalanan bermula jam 11 pagi menuju ke Nilai.. wahhh sangat takjub melihat pasar borong di sana.. memang rambang matala jawabnya wanita2 yg pergi sana & terutamanya ibu2.. hahaha semua ada.. tudung, kain, langsir.. pendek kata lengkap segala keperluan rumah & diri..

orang nak kahwin memang sangat sesuai datang sini.. beli cenderahati & segala kelengkapan perkahwinan semua ada disini dgn harga pun boleh dikatakan berpatutan la juga.. tapi nak datang kena sedia $$$$$$ banyak2 baru puas hati.. haha

lama juga berada di nilai sehingga 4 lebih.. barulah memulakan perjalanan ke putrajaya.. yeaahhh akhirnya sampai juga sy d putrajaya.. pusat pentadbiran negara Malaysia!!
cantik.. memang cantik tapi ada sesuatu bermain difikiran ketika melihat bangunan yg tersergam indah.. "KOS" pasti menggunkan belanja yg sangat besar .. hmmm 'fikirkan' heeeee

pergi putrajaya suda semestinya akan singgah untuk bergambar kan.. hehe terus teringat dengan kawan2 masscom.. bab bergambar no 1.. haha (rindu mereka semua) ^^


Haziq yg super duper nakal.. ^^





dah puas round putrajaya & ambik gambar.. destinasii seterusnya.. I-City!! huhuhu Coollllllll...
salah satu tempat yg buat sy jeles bila tgk gambar2 kawan2 yg dah pergi dlm fb.. Akhirnya dapat pergi juga ^^ suka3x... ^______________________^

nak pergi lagi.. sebab tak puas hati kualiti kamera tak best.. kalau ada slr kan best. huhuhu
tapi tak pa la yg penting dah jejak kaki.. hehe kalau berpeluang nak pergi juga ^^









tamatlah sudah perjalanan selama hampir 9 jam.. huuu mantap!! ^^

 

notakaki : hari ini mahu pergi jumpa nelly d pyramid.. sambil cari kerja.. "chaiyok3x" ^^

Saturday, May 14, 2011

Indahnya CiptaanNYA

Bismillah..

cuti telah bermula.. langkah kaki ke mana sahaja tak perlu lagi risau ada exam, asgment yg belum siap, program n etc.. semua itu telah berakhir untuk sem nie.. 

sekarang.. dalam fasa awal cuti.. 
memandangkan dah xda kerja nak buat kat dalamm bilik, hanya menanti untuk diambil sahaja..
ada saja kawan yg bawa.. jalan pasti sy takkan menolak.. hahaha

dua hari yg cukup indah.. dapat melihat matahari terbenam!! Subahanallah!!
sangat indah ciptaan Allah yg satu ini.. pertama kali dapat melihat dengan mata sendiri.. sangat cantik.. apatah lagi apabila gambar dipotretkan sekali..

pertama kali dapat lihat di Tanjung Aru.. tym tu saja jalan2 dgn classmate form 6 yg kebetulan belum balik lagi ke kampung.. ernie & hazly!! sangat cantik dapat melihat matahari terbenam drpd tanjung aru nie.. semua pengunjung masing2 mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar.. kami semestinya takkan ketinggalan.. itu perkara wajib!! ^__^

memandangkan tak bawa kamera.. guna hp saja la.. tapi hasilnya tetap cantik. =)
nie... gambar2 d tanjung aru..




kali kedua dapat tengok matahari terbenam nie drpd bangunan Cancelori UMS..
secara tak sengaja & tak dirancang.. menunggu kakak yg sedang taklimat..
bosan menunggu sy pun keluarlah drpd kereta.. pemandangan di cancelori nie sangat cantik ataupun nama popularnya "twin tower" knp?? sebab bentuk bangunan macam bangunan berkembar.. haha
pemandangan disini memang sangat cantik sebab berada diatas bukit..

apabila kita melihat ke sebelah kiri kita akan dapat melihat gahnya gunung kinabalu..
melihat ke kanan pula.. laut cina selatan terbentang luas.. betapa indahnya lanskap ums nie sebab itulah pernah menjadi antara universiti tercantik d asia kerana senibina lanskapnya.. (banggalah juga jd pelajar di sini) ^^,

kebetulan dah masanya matahari nak terbenam, ajaklah kakak pergi belakang..
paling saya suka sebab kakak saya ada membawa kamera slr nya.. haha apa lagiii...
nak mengaplikasikan apa yg di belajar.. bermain dgn shutter speed & apperture!!

dah lama nak try ambik gambar "sillhoute"(xtawla ejaan nie btl ka slh)hehehhe..
saya berjaya juga melakukannya.. hehe suka sgt2!! ^_____________^





gambar-gambar nie sangat indah & membuktikan betapa indahnya ciptaan Allah swt..
tiada yg dapat menandingi keindahan CiptaanNYA..
Allah Azza Wajallah ^^




ok..ok.. cutiiii.. menanti hari isnin menjelma untuk fly memulakan pengembaraan cuti 4 bulan.. ^^

Tuesday, May 10, 2011

SayoNara 1st year.. WelcoMe SemesTer bReaK~~


Bismillah.. 

hari nie 10 mei 2011 bersamaan hari selasa jam 4 ptg.. TAMATlah sudah ceritera hidupku sebagai        
"freshie student ".. hahaha pasnie xda org nak panggil freshie lagi tapi dah upgrade jadi "senior"!!!

WelCome Semester Break.. yeaahhhh cuti yg sangat panjang.. 4 bulan!!
masuk study balik bln 9 nanti konfom dah berkarat otak nie..
ceritera cuti dah bermula.. haha apa nak buat?? masing2 dgn perancangan tersendiri..
saya.. maw keja la.. ada perancangan tersendiri.. niat hati maw beli benda alah tuuu tapiii.. konfom x terbeli lah tu melainkan ada org yg nak belikan.. haha adaka?? *mimpi jak la kan* =.=


sepanjang hampir setahun menjadi pelajar ums..
menjalani kehidupan kampus yang sangat..sangat..sangat..
mencabar + best + menguji iman + kesabaran dll!!!
disinilah iman dan hati kena kuat dengan pegangan agama dan dekat dgn Al-quran!!

sebelum memasuki alam kampus, bicara kata daripada orang lain mengatakan ramai pelajar yang hanyut tatkala berada di alam kampus..realitinya itulah yg terjadi sebenarnya.. kecemerlangan yg diperolehi semasa stpm atau matrikulasi semua hanyut dek kerana salah memilih kawan dan iman yang terlalu rapuh!!
diri ini tidaklah terlalu kuat iman untuk menolak semua dugaan yg datang tetapi Alhamdulillah selama berada di alam kampus nie sahabat2 yg berada disampingku adalah yg sangat memahami. mereka mengetahui apa yg saya tak suka lakukan.. hahaha

banyak aktiviti yang saya join sepanjang sem 1&2.. daripada aktiviti dalam kolej sehinggalah ke dalam aktiviti kelab di kampus.. stress dgn asgment+aktiviti semua tu dah dirasakan.. tapi lumrahlah, setiap yg dilakukan memang pada awalnya ada tekanan tetapi bila dah dilaksanakan kenangan yg tercipta dapat menghilangkan semua tekanan+perasaan malas+sakit hati dll!! hahaha lumrah dunia..
semua ini akan menjadi kenangan yg takkan pernah dilupakan.. kalau cakap pasal gambar.. dalam laptop nie dah tak terhitung berapa banyak gambar dalam simpanan.. yang pasti gambar nie lah yg akan menjadi pengubat rindu dgn kawan2 semua sepanjang cuti yg panjang.. ^^

                                           
                                           *tkg edit gmbr nie.. Eyda*
mereka nie lah saing2 q yg sgt suka enjoy.. haha ^^



suka duka kita bersama.. budak masscom yg sempoi!!! ^^


                        
di mana ada kamera.. disitu ada bdk2 masscom.. ^_^
                     

...zaman freshie dah berakhir.. fasa baru akan bermula...
kewartawanan vs perhubungan awam
dua jalur berbeza.. buatlah pilihan yg terbaik ^^,



notakaki : banyak cerita nak share.. ^^
                sementara menunggu kakak dtg ambk jumaat nie.. lyn muvi, on9 & dwnload lagula ak..

Sunday, May 8, 2011

"ucaplah Terima Kasih"


..Assalamualaikum wbt..

Hari nie 8 Mei 2011 merupakan Sambutan Hari Ibu seluruh dunia.. 
di mana-mana pasti ucapan dan dedikasi untuk Ibu Tersayang kedengaran
tak kira di radio, fb & ada juga kwn2 yg hantar sms dgn sy (ergg sorry sy blm kahwin)

satu cerita yg ingin dikongsikan bersama...

sedang mendengar radio ikim
ada satu cerita yang dikongsikan oleh seorang ustaz.. (nama x igt) 
ceritanya bergini...

di dalam sebuah rumah, seorang anak sedang marah dengan ibunya..
akibat terlalu marah, si anak pun lari daripada rumah sehelai sepinggang tanpa membawa beg duit,
apabila tiba di pekan, anak tersebut baru menyedari yang dia langsung tidak membawa duit..
dia yang merasa lapar.. terhidu bau yg sangat enak dari sebuah restoran..
dia menghampiri restoran tersebut.. 

pemilik restoran tersebut melihat anak tersebut sedang memerhati restorannya..
lalu dia pun bertanya.. anak nak makan??
anak tersebut menjawab.. yah saya nak makan tapi saya xda duit..
pemilik restoran berkata.. xpa.. pakcik belanja, duduk dulu nanti pakcik sediakan makanan yang sedap!!

sedang makan.. anak itu menangis.. lalu pakcik itu bertanya,
kenapa kamu menangis?? dia menjawab.. pakcik baru mengenali saya tapi pakcik sanggup memberikan saya makan, bukan macam ibu saya!! 
pakcik itu bertanya.. kenapa dgn ibumu??
Ibu saya menghalau saya dari rumah selepas saya bertengkar dengannya..
pakcik itu pun menghela nafas..
bagaimana kamu sangat berterima kasih kepada orang yang hanya baru sekali membantu kamu..
sedangkan ibu mu lah yang telah banyak berjasa kepadamu.. 
bermula dari sejak lahir.. ibu mu lah yang telah menyediakan makanan dan segala keperluanmu..
anak itu terdiam dan cepat-cepat menghabiskan makanannya utk kembali ke rumah.

sampai di rumah..
Ibu nya dalam keadaan cemas, ibu telah menyiapkan makanan yg enak untuk kamu..
ibu tidak mahu makan selagi kamu tidak datang.. makanan dah sejuk..'kata si ibu' 
anak itu meminta maaf kepada ibunya & mengucapkan terima kasih.. 


moral daripada cerita diatas.. selalunya kita lupa untuk memberikan ucapan terima kasih kepada Ibu kita atau orang selalu berjasa kepada kita terutamanya ibu kita kerana, ibu kita selalu melakukan hal yang sama setiap hari.. sehinggakan kita lupa bahwa merekalah yang paling layak untuk diucapkan kalimah terima kasih!!!


thanx to pakcik google

Bersempena dengan Sambutan Hari Ibu
marilah kita mengucapkan TERIMA KASIH kepada Ibu kita
Gracias atas segala jasa dan perkara yg dilakukannya untuk kita..

Doa ku pohon semoga Mak Tersayang akan sentiasa sihat walafiat..
hanya suara melalui telefon menjadi penghubung.. dah beberapa bulan tak balik!! 
terima kasih, gracias, thank you
untuk segalanya


notakaki : cerita diatas tidak sama 100% mungkin ada penambahan dan kekurangan!!

Monday, May 2, 2011

speCial DaY


Alhamdulillah Ya Allah..

hari nie genaplah suda 21 tahun sy menjadi penghuni alam fana ini.. 
21?? woww dah melepasi angka 20 nampaknya.. hihihi x sangka!!!

Hanya ucapan TERIMA KASIH mampu sy ucapkan kpd semua 
tak sangka ingat juga mereka dgn befday sy ya espcially kawan2 tym sekolah

jam 12 lbh gitu berderet-deret la masuk sms ke hp q yg comel nie.. 
facebook pun x kurang hebatnya jg.. sorang2 msk dgn ucapan & doa!!

Terima Kasih Ya Allah 
kerana menghadirkan dalam hidupku insan-insan yg sangat menyayangiku
kakak, abang, makbapa, sahabat & keluarga
mereka hadir saat diri ini senang dan susah!!
(aduhaii.. feeling la pulak.. hohohoho)

Special dedikasi & ucapan
buat 2 insan yg berkongsi tarikh 02 MEI nie dgn sy..^___^
(yg pasti sy yg paling muda antara mereka.. hehhe)

Selamat Hari Jadi
buat abang.. Ismail a.k.a kenon
&
my kazen yg gila2.. Pigok a.k.a Safli

>>>>> tertarik dgn kata-kata gambar diatas yg diculik drpd laman iluvislam.. 
 "umur adalah amanah Allah"

sesungguhnya.. menjaga amanah bukanlah suatu perkara yg mudah..
silap langkah..
akan tempanglah amanah yg diberi!!
semoga diri ini diberi kekuatan untuk menjaga amanah ini dgn perkara-perkara yg
yg berfaedah dan menuju Redha Ilahi.. Amin.. ^^


... hari nie hari makan sedunia.. haha ada 2 orang nak belanja,
org cakap.. rezki jgn di tolak.. cehh.. haha

notakaki : esok exam penulisan akademik.. x abis bc lagi!! go girl.. befday befday juga.. stdy tu wajib!.. hehe