Tuesday, January 31, 2012

Manusia & Perubahan

Bismillah

ketika sedang asyik membaca majalah solusi yang telah lama dibeli tapi baru sekarang di baca
tiba-tiba ku teringat dengan satu perkara yang ingin di kongsi bersama dalam blog ini. sudah lama ingin menulisnya tetapi di tahan niat menulis kerana tugasan yang lebih penting. 

satu kisah yang ingin dikongsi adalah berkenaan seorang insan yang rapat dengan diriku sendiri, umurnya baru menjangkau 21 tahun ini. seorang yang di zaman sekolah rendah dan menengahnya sangat nakal... selalu ponteng sekolah dan pergi ke kedai permainan game!! sangat nakal sehinggalah dia telah mendapat surat penggantungan sekolah. tetapi atas dasar kasihan dan keprihatinan, pihak sekolahnya hanya memberikannya surat lepas untuk dipindahkan ke sekolah lain.

Yusuf atau lebih mudah di panggil ucuk.. dipindahkan ke sekolah baru dan daerah baru, kalau sebelumnya bersekolah di Tawau kemudiannya di pindahkan ke Semporna.. dengan harapan ada perubahan yang akan berlaku apabila bersekolah di Semporna. Berjaya juga menghabiskan persekolahannya sehingga SPM.. tiada lagi ponteng sekolah (mungkin sebab takut dengan my mom.. hihi)
tetapi bukan itu yang ingin ku ceritakan.. sesuatu yang menarik dalam dirinya.. apabila dia yang dahulunya tidak solat, berubah sedikit demi sedikit (Alhamdulillah)


iluvislam.com


pernah suatu ketika.. dia bertanya kepadaku.. "Ramlah, ko solat lima waktu ka?"
lebih kurang begitulah pertanyaannya kepadaku beberapa tahun yang lepas.. ketika itu dapat ku lihat ada perubahan pada dirinya, mula membeli buku agama dan solat. Ucuk juga mula mengikuti pengajian agama dan tabligh yang diadakan di Masjid dekat rumahnya di Tawau.

aku bertanya kepadanya.. "macamana ko boleh ikut dengan pergerakan tabligh?"
dia menjelaskan.. dia tertarik untuk datang ke masjid apabila ada yang orang yang memanggil untuk ke masjid, sekadar ingin tahu apa yang mereka lakukan.. Pertama kali dia mengikuti pengajian di masjid, setiap seorang daripada mereka di suruh untuk membaca Al-fatihah dan pembimbing tersebut akan memperbetulkan bacaan mereka.. Dia mula merasa kagum kerana baru mengetahui bahawa membaca Al-fatihah ini bukanlah dengan hanya membaca begitu sahaja sebaliknya perlu betul dengan hukumnya sekali..
sejak daripada hari itu.. dia mula mengikuti pengajian agama tersebut dan mula ikut sekali ke markas (pondok) tempat semua mereka berkumpul.

Apabila dia berhenti sekolah dan ke KL untuk bekerja, pembelajarannya mencari ilmu Allah tidak terhenti di situ, di KL dia mula membeli lebih banyak buku agama dan cd ceramah agama. bertemu dengannya setelah beberapa ketika tidak bertemu.. MasyaAllah, dia telah jauh berubah.. apa yang lagi membuatku bangga kepadanya, dia bekerja dan belajar secara part-time di sebuah kolej di ibukota.. dengan hasil gaji yang tidak seberapa, dia mampu membayar yuran, kirim duit tiap bulan kepada makbapak dan menyimpan.
(kadang2 rasa malu pada diri sendiri kerana hanya tahu minta duit saja.. huuu)

dia bekerja untuk menyimpan duit menyambung pelajaran dalam bidang agama..
banyak tempat yang ingin dia tuju.. ada beberapa panggilan di area semenanjung Malaysia namun, dia tekad untuk meneruskan niatnya melanjutkan pelajaran di Indonesia!!

aku pernah bertanya, kenapa mahu di Indonesia sedangkan di Malaysia kan banyak juga sekolah pondok dan kolej-kolej yang mengajar bidang agama.. tapi baginya, dia mahu berada dan belajar di Indonesia kerana di sanalah para ilmuan islam yang tersohor. dia mahu mendalami agama di tempat yang akan membolehnya menerima semua ilmu. sekali lagi aku kagum walaupun dalam hati kecilku terpalit rasa bolehkah dia belajar di sana. Tapi Alhamdulillah dia kini berada di tempat yang diimpikan selama ini, belajar jauh di
STIBA Makassar (Ma'had Aly al-Wahdah) Indonesia. 

Melihat perubahan yang ada pada dirinya sangat mengkagumkan diriku.. dia mampu berubah sedangkan aku masih begini..huuu dia yang dahulunya kurang tahu pasal agama kini, boleh dijadikan tempat bertanya pasal agama. Alhamdulillah!!

rasa bangga punya adik sepertinya.. (^__^)
semoga perjalanannya sentiasa di redhai Allah di mana pun dia berada.. Amin

ucuk berjubah putih, yg sorg lgi nie muhammad (adik) 



***sekadar perkongsian yang tidak diolah dengan baik.. kerana aku bukan penulis.. hihi  :) 



No comments:

Post a Comment