Friday, February 10, 2012

H.A.T.I

Salam Jumaat yang mulia 
Salam Maulidur Rasul 
Selawat dan Salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi & sayangi.

thanks to pakcik Google :)


cuti yang semakin hampir ke penghujungnya.. lagi 3 hari sahaja lagi duduk ruma sebelum kembali ke tempat menuntut ilmu.. yupp back to Campus Life~
tempat yang mengajarku banyak perkara, menjadikanku insan yang perlu peka dengan banyak hal.. silap langkah boleh tersasar jauh.. nauzubillah minta dijauhkan. 

selama 21 hari berada di kampung halaman
cuti sem kali ini paling sempoi ku rasakan.. banyak masa dihabiskan di rumah
tipulah kalau cakap tak bosan duk ruma ja.. bosan memang bosan tapi kaki ini yang kurasakan sangat malas melangkah keluar dari ruma.. heee "home sweet home" 
salah 1 sebab duk terperuk dalam ruma tak da kawan nak jalan.. hihihi memandangkan kebanyakan kawan-kawan semua tak bercuti & berada jauhhhh di semenanjung sana, memnag tak boleh nak buat apa.. cuti di habiskan depan TV, Komputer, internet, majalah, buku & makan makan.. 
berada dalam keadaan ketenangan, tak perlu memikirkan banyak hal.. 
otak nie sangat ringan ku rasa sebab tak perlu fikir pasal assgment, exam & class!!
free for 1 month.. hehe (sebulan jer la)

TAPI..
banyak perkara yang ku belajar sepanjang cuti nie.. bermula dengan mula mengenali rakan-rakan universiti lain dalam program Baktisiswa aritu.. kami semua mula meluaskan persahabatan kami melalui saluran media sosial FB!! yupp.. banyak benda ku belajar daripada sebilangan mereka..
mereka menjadikan fb saluran untuk menyampaikan kebaikan.. dan bukan itu sahaja malah melalui FB nie jugala ku banyak membaca pelbagai artikel & perkara yang kadangkala di pandang ringan oleh kita sebagai orang Islam. Alhamdulillah masa cuti nie la ku lebih banyak membaca
memandangkan masa yang banyak terluang

boleh lihat kan?? siapa cakap media sosial ini hanya mendatangkan keburukan?? 
yah.. saya akui memang ada yang tak baik dengan media sosial ini, pergaduhan dan pelbagai perkara yang tak sepatutnya disebarkan turut disebarkan.. TAPI itu bagi "mereka" yang tidak tahu menggunakan medium ini dengan sebaiknya. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah swt hendaklah menggunakannya dengan sebaiknya. 
Pilihan ada di tangan kita sendiri!!! 

HATI??
entah kenapa tiba-tiba ja rasa nak letak tajuk nie.. sebenarnya nak cerita pasal hati tapi jejari nie terus menaip apa yang ada difikiran tika ini. tuh la terkeluar cerita di atas tuuuu.. hehehe 

** semoga kita diberikan ketenangan HATI untuk meneruskan sisa-sisa hidup kita**

~ kerana HATI ada yang merana 
~ kerana HATI timbulnya syak wasangka
~ kerana HATI timbulnya rasa sayang
~ kerana HATI timbulnya rasa kasih & kasihan 

pakcik google lagii
oleh itu.. marilah kita sama-sama menjaga HATI kita!!

(^_^)


##sekadar coretan dari hati seorang Hamba Allah :)

No comments:

Post a Comment